Friday, September 11, 2009

APA YANG DIHARAPKAN MELALUI PRAKTIKUM

Konsep Praktikum adalah memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara maktab perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Justeru, dalam tempoh praktikum yang ditetapkan antara dari 21 Jun hingga 17 September iaitu selama 3 bulan beberapa perkara yang saya harapkan di perolehi melalui latihan praktikum ini iaitu saya dapat memenuhi keperluan syarat yang di tetapkan bagi pelajar Kursus Pengajian Lepas Ijazah (KPLI) sebelum dilantik menjadi guru. Ini kerana, latihan praktikum merupakan syarat yang telah ditetapkan dan pelajar wajib lulus latihan praktikum sebelum menempuhi proses penempatan nanti. Dalam masa tiga bulan tersebut, saya akan melaksanakan sebaik mungkin latihan praktikum ini dengan memenuhi segala perkara yang perlu dilakukan dan mengikuti syarat-syarat yang di tetapkan oleh maktab.

Saya dapat merasai pengalaman sebagai seorang guru bimbingan dan mengaplikasikan bidang tugas guru bimbingan sebelum dilantik menjadi guru nanti. Apabila menjalani latihan praktikum, saya mendapat pendedahan sebenar menjadi guru kerana akan berada di Unit Bimbingan dan Kaunseling, dan menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sebagai matapelajaran major di samping memenuhi matapelajaran minor iaitu subjek Pendidikan Jasmani dan Kesiahatan,

Saya juga berharap dapat mengaplikasikan antara teori dan amali bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dipelajari di maktab untuk di aplikasikan di sekolah bersama pelajar. Ini kerana, di maktab saya hanya mempelajari teori dan kaedah pengendalian sesi kaunseling sahaja dan lebih kepada pembelajaran dan tidak di praktikkan seperti apa yang dipelajari. Apabila menjalani latihan praktikum nanti, saya akan menggunakan segala apa yang telah saya pelajari dengan merasai situasi sebenar bersama pelajar di sekolah rendah nanti .

Saya juga berharap dapat mempelajari perkara baru khususnya dalam bidang kaunseling dalam situasi sebenar. Di sekolah, saya perlu mempraktikkan tiga perkara utama dalam perkhidmatan kaunseling iaitu kaunseling individu, kaunseling kelompok dan bimbingan kelas. Ketiga-tiga perkara tersebut adalah berbeza dan memerlukan cara pengendalian yang pelbagai mengikut prosedur yang di tetapkan di samping kreativiti guru pelatih asalkan tidak lari dari objektif perkhidmatan sebenar. Justeru berhadapan dengan pelajar yang sebenar dan mendapat tunjuk ajar guru pembimbing membolahkan saya merasai pengalaman baru dan dapat memperbaiki kelemahan yang timbul sebelum ini.

Akhir sekali, saya berharap dapat menguasai kemahiran pemudahcaraan iaitu saya dapat berinteraksi dengan semua pihak di sekolah iaitu pihak pentadbiran, staf-staf sokongan, guru-guru serta murid-murid sebelum saya merasai alam sebenar sebagai seorang guru. Pendedahan awal ini mempunyai kepentingan kepada saya kerana dapat memberi pengalaman berinteraksi dengan kesemua pihak tersebut. Pendedahan awal ini membantu saya untuk berinteraksi dengan pihak tersebut di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment