Tuesday, September 15, 2009

GAMBAR-GAMBAR PENGURUSAN GRAFIK


sudut ppda 2



sudut ppda 1



sudut motivasi 2



sudut motivasi



sudut hiv



sudut akademik 1



sudut akademik-pembelajaran berkesan



sudut akademik



puzzle kerjaya



pokok kerjaya



pmplet ttg pnylahgunaan dadah



pmplet ttg penyalahgunaan dadah



pamplet tentang penyalahgunaan dadah



kerja murid



jenis-jenis kerjaya



hasil kerja murid



gambar pengedaran dadah




folder depan















panorama bilik kaunseling s.k sultan ahmad tajuddin



bahan-bahan beracun dalam rokok



alkohol



aktiviti bimbingan

Monday, September 14, 2009

LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM

LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM

Minggu Kecergasan SKSAT 2009
Tarikh : 8 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 7.45-9.00 pagi (Sesi 1)
5.00-6.30 petang (Sesi 2)
Tempat : Tapak Perhimpunan
Pada minggu pertama bulan Julai 2009 telah diadakan Minggu Kecergasan untuk semua murid dan guru SKSAT. Semua yang terlibat diwajibkan menghadiri acara tersebut yang bermula pada jam 7.45 pagi hingga 9.00 pagi. Acara dimulakan dengan ucapan Guru Besar sempena dengan pelancaran minggu kecergasan sekaligus merasmikan majlis tersebut. Seterusnya acara diambil alih oleh En Mohd Rashid, PK Kokurikulum juga selaku penyelaras Minggu Kecergasan dengan aktiviti memanaskan badan dan diikuti dengan Tarian Poco-poco.
Bertempat di tapak perhimpunan SKSAT, Minggu Kecergasan sekali lagi diteruskan dengan acara Tarian Poco-poco dan diiikuti dengan Chicken Dance pada sesi kokurikulum. Acara ini diadakan seawal pukul 5 petang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah.
Memetik kata-kata Herophilus, When health is absent wisdom cannot reveal itself, art cannot manifest, strength cannot fight, wealth becomes useless and intelligence cannot be applied”. Acara tersebut berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan luar biasa daripada semua pihak.
Pendek kata, sehebat mana murid belajar dan guru mengajar, keseimbangan serta gaya hidup yang sihat mesti sentiasa dipelihara dan dipulihara dalam masa yang sama. Sesungguhnya kecemerlangan akhirat juga bertitik-tolak melalui prestasi hidup yang sihat di dunia dan yang penting sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat.

Sambutan Israk Mikraj
Tarikh : 16 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 11.45 pagi-1.10 petang
Tempat : Dewan Terbuka(A) SKSAT
Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Disiplin Pengawas dan Majlis Staf SKSAT. Program ini melibatkan semua murid-murid yang beragama Islam dan guru-guru SKSAT. Beberapa aktiviti diadakan iaitu acara kompang selawat disertai oleh pasukan kompang SKSAT di bawah pimpinan En Mazlan Ismail (Guru Muzik), bacaan Al-Quran, ceramah dan kuiz.
Program ini adalah aktiviti wajib yang perlu disambut pada setiap tahun di peringkat sekolah. Ianya adalah untuk memperingati tentang peristiwa besar dan amat luar biasa dalam sejarah Islam iaitu Israk Mikraj yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaanNya.
Bahkan, ia memberi kesedaran selaku umat Islam wajib percaya dan meyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Ia dianggap sebagai penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian
Ia juga dapat memberi pendedahan awal dan mendidik jiwa para peserta agar dapat mengamalkan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya dan sentiasa mengingati bahawa segala-gala boleh berlaku dengan kehendakNya dan kekuasaan Allah SWT selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.




Refleksi
Ketepatan masa dapat dilihat sewaktu perlaksanaan program tersebut. Pengumuman telah dibuat 30 minit awal sebelum aktiviti bermula. Jadi, guru dapat membawa murid ke dewan pada masa yang telah ditetapkan. Bahkan, program dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dijadualkan kerana murid dapat dikumpulkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Setiap guru memainkan peranan masing-masing khususnya peranan guru kelas bagi setiap kelas. Setiap guru telah mendapat maklumat awal tentang program yang akan dilaksanakan. Justeru, peranan guru kelas ialah mengumpul murid-murid di luar kelas, memastikan bilangan murid mengcukupi dan mengiring murid-murid ke dewan.
Sistem kawalan murid mengikut susunan kelas di bawah seliaan En Muzaffar b Tawang selaku guru disiplin SKSAT dengan kerjasama guru-guru kelas adalah teratur mengikut susunan kelas Tahap 1 dan Tahap 2. Ini adalah sistem kawalan murid yang sentiasa digunakan untuk memudahkan guru menyusun dan membuat kawalan murid-murid sewaktu sesuatu program dilaksanakan.
Selain itu, perlunya sesuatu program berbentuk keagamaan untuk membentuk sahsiah murid yang terpuji. Jadi, program ini dapat membantu secara tidak langsung untuk membentuk sahsiah diri seseorang murid-murid agar menjadi insan yang berguna di masa akan datang dengan sifat-sifat terpuji yang ada pada diri mereka.
Justeru, berdasarkan kepada beberapa perkara di atas, saya akan jadikan panduan di masa akan datang sewaktu berkhidmat sebagai guru nanti. Segala pengalaman yang dilihat semasa program “Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah” perlu diambil kira khususnya dari segi perlaksanaan dan topik yang ingin disampaikan apabila mengendalikan sesuatu program berbentuk keagamaan di masa akan datang.



Ceramah motivasi
Hari : Khamis
Tarikh : 23 Julai 2009
Masa : 11.00 pagi-1.00 petang
Tajuk ceramah motivasi ini ialah “Persediaan Sebelum Menghadapi Peperiksaan UPSR” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSAT. Ceramah ini di adakan di Dewan Terbuka A iaitu melibatkan semua murid Tahun 6 SKSAT iaiti seramai 180 orang dan guru-guru yang terlibat dengan P&P pada waktu tersebut. Ceramah ini dihadiri oleh penceramah jemputan dari luar iaitu Tuan Haji Mohd Arif bHaji Mohd Noor selaku ahli lembaga pengarah Northern Consultant & Training Development Sdn Bhd (NCTD).
Program ini di adakan khusus untuk memupuk semangat murid-murid agar terus bersemangat untuk belajar dan tidak mudah berputus asa sebelum menempuhi peperiksaan dalam tempoh 1 bulan lagi. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan pendedahan kepada kemahiran belajar yang berkesan. Hal ini dapat membantu murid-murid agar dapat mencapai kecemerlangan akademik dan benar-benar bersedia untuk menempuhi peperiksaan UPSR nanti.
Dengan adanya program sebegini, ia dapat membina semangat jati diri, semangat juang dan tidak mudah menyerah kalah serta tidak lemah semangat dalam menghadapi tekanan sama ada dalaman atau luaran. Murid-murid mendapat kesedaran untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri dalam mengharungi cabaran akademik
Program ini juga turut menyentuh tentang realiti kehidupan murid-murid khususnya hubungan dengan Pencipta, hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan guru dan hubungan dengan rakan-rakan. Mereka perlu mengambilkira perkara-perkara yang perlu mereka lakukan apabila berhadapan dengan individu tersebut.

Refleksi
Saya dapat mempelajari dari guru pembimbing bagaimana untuk menganjurkan slot ceramah motivasi terutamanya melibatkan penceramah dari luar. Pertamanya perlu merangka kertas kerja perlaksanaan program tersebut. Apabila kertas kerja tersebut mendapat kelulusan dari guru besar, penganjur boleh membuat jemputan penceramah luar dan membuat penetapan tarikh. Sebelum program bermula, penganjur perlu memastikan alat audio visual berfungsi dengan baik, papan putih untuk catatan penceramah dan murid-murid berada mengikut susunan kelas.
Saya juga dapat melihat bagaimana interaksi penceramah yang berpengalaman dengan murid-murid. Penceramah sentiasa bertanya soalan kepada murid-murid. Sesi soal jawab antara penceramah dan murid-murid menyebabkan murid-murid tidak leka dan sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang dinyatakan oleh penceramah.Beberapa teknik digunakan untuk menarik minat murid terhadap slot ceramah yang dikendalikan iaitu peraturan yang dikeluarkan oleh penceramah kepada murid-murid iaitu beliau sentiasa memanggil murid-murid ke hadapan dan memberi ganjaran berbentuk wang apabila murid dapat menjawab soalan yang diberikan.
Slot ceramah juga banyak dimasukkan nyanyian lagu-lagu nasyid yang bermotifkan muhasabah diri. Penceramah akan memberi ceramah dan selitkan lagu-lagu agar murid-murid tidak bosan. Lirik lagi tersebut juga memberi kesedaran kepada murid-murid kerana ia berkaitan dengan kehidupan sehariannya dan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian dalam kehidupan.






Mesyuarat Mingguan
Hari : Rabu
Tarikh : 29 Julai 2009
Masa : 1.20- 2.40 petang
Mesyuarat ini di adakan setiap minggu iaitu pada hari Rabu. Ia akan melibatkan semua guru dan guru pelatih praktikum. Ia dijalankan di Bilik Mesyuarat SKSAT.. Mesyuarat ini di mulakan dengan PK Pentadbiran iaitu En Mohd Rashid iaitu:
1) Lawatan ke Kuala Kangsar melibatkan semua guru SKSAT kecuali guru pelatih praktikum pada 4 Ogos 2009 (Selasa). Lokasi lawatan adalah di Sekolah Sultan Idris iaitu Sekolah Kluster Pertama, Galeri Azlan Shah dan Pembuatan Labu Sayung.
2) Prosedur yang perlu diikuti bagi pertukaran guru sama ada dalam negeri, antara daerah dan dalam daerah yang perlu disegerakan mengikut tarikh yang ditetapkan.
3) Penghantaran borang bagi permohonan guru cemerlang.
4) Mesyuarat kurikulum kali ke-3 pada 30 Julai 2009 (Khamis).
5) Kebersihan kelas yang perlu diberi perhatian oleh guru kelas.
6) Kawalan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran oleh guru matapelajaran.
7) Larangan kepada semua guru untuk tidak menggunakan pengaruh luar untuk mendapatkan sesuatu jawatan.
8) SSQS (Smart School Quality Standard).
Mesyuarat diikuti pula oleh En Ali b Abdullah selaku PK Hal Ehwal Murid iaitu:
1) Langkah-langkah berjaga-jaga mengenai virus H1N1 iaitu guru-guru mesti peka dengan kesihatan murid dan peka terhadap kemungkinan murid terdedah kepada penyakit tersebut.
2) Buku rekod kedatangan murid perlu dikemaskini tentang butiran murid, bilangan masuk dan maklumat diri murid.
3) Kedatangan murid- Guru perlu ambil perhatian pada murid yang tidak hadir berturut-turut.
Dan, Guru Besar memberitahu beberapa perkara iaitu:
1) Lawatan guru sakit- En Mohd Radzi.
2) Maklumat pihak atasan PPD
3) Pemantauan PPD
4) Isu semasa
5) Program-program sekolah
6) Pemantauan P&P
7) Kes keselamatan murid
8) Masalah disiplin
9) Peranan guru
10) Prosedur kewangan
11) Pemantauan pentadbiran











Refleksi
Komunikasi dua hala antara pihak pentadbir dan guru-guru dapat dilihat khususnya sewaktu pemberitahuan sesuatu maklumat pihak pentadbir akan memberitahu maklumat-maklumat terbaru kepada guru-guru khususnya perkara yang berkaitan dengan tugas guru yang perlu dilaksanakan dan perlu disegerakan. Manakala guru-guru menerima maklumat yang disampaikan dan bertanya kepada pihak pentadbir jika ada kekeliruan.
Pemberitahuan maklumat mengikut susunan pihak pentadbir dari rendah ke tinggi bermula dengan PK Pentadbiran, diikuti PK Hal Ehwal Murid dan kemudiannya dikuti oleh Guru Besar. Ini menunjukkan penyampaian maklumat mengikut sistem yang ditetapkan dan maklumat yang disampaikan adalah berbeza.
Pemberitahuan maklumat adalah meliputi isu semasa yang perlu diketahui oleh guru dan perlu diambil perhatian. Semua perkara yang disampaikan oleh pihak pentadbir adalah perkara yang berkaitan dengan guru dan murid yang perlu diberi perhatian dan perlu diambil tindakan segera. Justeru, guru sentiasa mendapat maklumat terbaru dari pihak pentadbir dan sentiasa mengetahuai maklumat semasa.









Program Eureka RE &EE Beach House Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah SKSAT 2009
Tarikh : 14 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 8.30-10.30 pagi
Tempat : SMK Taman Jelutong, Kulim Kedah
SKSAT telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini bagi peringkat negeri Kedah. Tajuk bagi pertandingan ini ialah Eureka RE. Tema bagi pertandingan ini adalah Renewable Energy And Energy Efficient Beach House iaitu peserta perlu menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum. Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan. Setiap pasukan juga dikehendaki menyediakan buku idea yang disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di tempat dan semasa pertandingan dijalankan.
Pertandingan ini adalah melibatkan murid Tahun 4 dan Tahun 5 di mana SKSAT telah menghantar 4 orang wakil murid untuk menyertai pertandingan tersebut. Wakil murid adalah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Tempoh persiapan untuk melatih murid-murid untuk mencari idea dan merekabentuk rumah seperti yang dikehendaki dalam pertandingan adalah selama seminggu. Di bawah penyelaras Puan Marlina dan kerjasama guru pelatih praktikum serta mendapat sumbangan idea dari Pensyarah Politeknik iaitu En Abdul Halim, Pasukan ini dilatih selama tiga hari berturut-turut sebelum pertandingan. Pasukan ini berjaya meraih Naib Johan di peringkat Negeri Kedah.
Dengan adanya program sebegini, ia mampu mencungkil kebolehan para peserta khususnya menghasilkan ciptaan merangkumi aplikasi sains. Pendedahan awal di peringkat sekolah rendah ini juga dapat melihat sejauhmana pemikiran dan kemahiran saintifik para peserta untuk menghasilkan suatu ciptaan sendiri sekaligus menjadi harapan sekolah serta menaikkan nama sekolah di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Refleksi
Pertama kali saya menimba pengalaman baru di mana saya telah diberi dua tugasan iaitu melatih para peserta untuk menghasilkan ciptaan merangkumi aplikasi sains dan menghasilkan buku idea untuk menerangkan projek yang dihasilkan. Saya tidak mempunyai asas dalam bidang sains tetapi melalui pembacaan dan pengetahuan am mengenai tenaga yang boleh diperbaharui masa kini dapat membantu saya melaksanakan tugasan ini. Saya turut mendapatkan maklumat melalui internet dan pendapat dari rakan-rakan yang mempelajari bidang sains.
Saya juga mendapat ilmu pengetahuan khususnya tentang rekabentuk rumah dari En Abdul Halim yang merupakan pensyarah dalam bidang berkenaan. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan khususnya kepada peserta tentang apa yang perlu dimasukkan dalam ciptaan rumah dengan menambah elemen sains dalam ciptaan tersebut. Segala penambahbaikkan sebelum pertandingan kami perbetulkan hasil dari tunjuk ajar dari beliau.
Saya juga mencurahkan idea khususnya dalam menghasilkan buku idea. Saya telah menyediakan buku idea dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana peserta yang terlibat untuk menerangkan tentang buku idea tersebut adalah murid India dan lebih fasih dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia. Saya mengambil masa selama satu hari untuk menghasilkan buku idea tersebut dengan dibantu oleh guru pelatih praktikum lain.
Akhir sekali, saya berasa bangga kerana berpeluang untuk mengikuti latihan praktikum di SKSAT kerana sekolah Kluster ini sering menjadi tumpuan sekolah lain dengan kehebatan yang ada pada guru dan murid-muridnya. Justeru, segala pengalaman dalam persiapan Pertandingan Eureka ini akan saya jadikan panduan di masa akan datang khususnya apabila dilantik menjadi guru nanti.



Hari Anugerah Cemerlang 2009
Tarikh : 3 Ogos 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi-1.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka (A) SKSAT
Hari Anugerah Cemerlang SK Sultan Ahmad Tajuddin telah diadakan pada 03 Ogos 2009. Ianya diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang di dalam bidang akademik. Selain daripada penyampaian Hadiah kepada setiap pemenang kelas dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Majlis ini telah meraikan pelajar Tahun 6 pada 2006 yang mendapat 5A di dalam UPSR pada persekolahan tahun lepas. Pada majlis ini Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin telah berbesar hati menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Abu Yazit b Zain, BCK, Pegawai Pelajaran Daerah kubang Pasu untuk merasmikan majlis tersebut.
Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah tamat dengan jayanya pada jam 1.00 petang. Penerima anugerah adalah meliputi murid pra sekolah, kelas istimewa, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Manakala anugerah khas adalah seperti Anugerah Nilam, Anugerah Pencapaian 5A UPSR 2006, Anugerah Khas Ko-Kurikulum (Wakil Negeri), Anugerah Potensi Kokurikulum (Pencapaian Di Peringkat Negeri), Tokoh Sukan serta Tokoh Murid. Berbagai-bagai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan sempena majlis ini seperti bergambar kenang-kenangan, persembahan tarian dan karaoke.
Program ini adalah sangat berfaedah kerana ia telah memberi pengiktirafan di atas kejayaan dan pencapaian pelajar dalam akademik, ko-akademik dan ko-kurikulum. Bahkan, ia turut mendorong murid yang kurang berjaya untuk terus bersemangat untuk berjaya. Semoga majlis ini diberkati dan tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik boleh mencubanya di tahun hadapan.


Refleksi
Semasa hari Anugerah Cemerlang 2009 ini, saya diberi tugasan untuk persiapan pentas Dewan Terbuka (A). pentas ini adalah pentas utama di mana di sinilah VIP akan berucap dan juga para waris ditempatkan. Apa yang dapat saya pelajari semasa melaksanakan tugasan ini ialah pertamanya bekerja mengikut arahan ketua(Pn Wan Rohaini). Segala bentuk persiapan perlu mendapat arahan dari beliau. Bahkan, beliau merupakan guru yang berpengalaman selama 3 tahun khususnya dalam membuat persiapan pentas. Di sini saya dapat mempelajari cara susun atur dewan mengikut susunan yang betul.
Keduanya, saya dapat bekerja dalam kumpulan. Semasa membuat pesiapan dewan tersebut, semua guru yang trlibat dalam persiapan dewan sama-sama berkumpul di dewan dan setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Semua guru yang terlibat membuat kerja dengan lancar. Apa yang penting di sini ialah bekerjasama agar memudahkan sesuatu perlaksanaan sesuatu tugas. Kami juga mengenalpasti segala perkara yang telah dilaksanakan pada akhir persiapan. Justeru, cara bekerja secara berkumpulan dan bertindak mengikut arahan ketua dapat saya aplikasikan sewaktu berkhidmat di masa kan datang.









Program Motivasi dan Eksplorasi Kecemerlangan 2009
Tarikh : 10 Ogos 2009 (Isnin)
Masa : 8.30-10.30 pagi
Tempat : Surau SKSAT
Tajuk ceramah motivasi ini ialah “Program Motivasi dan Eksplorasi Kecemerlangan 2009” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSAT dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen SKSAT. Ceramah ini di adakan di Dewan Terbuka (A) iaitu melibatkan semua murid yang terlibat dalam Skim BantuanTuisyen SKSAT iaitu seramai 61 orang dan guru-guru yang terlibat dengan P&P pada waktu tersebut. Ceramah ini dihadiri oleh penceramah jemputan dari luar iaitu Puan Safiza selaku Guru Bimbingan SK Dato Wan Kemara.
Kecemerlangan pelajar tidak diukur dari segi akademik semata-mata sebaliknya kecemerlangan ini haruslah seiring dengan sahsiah diri yang mantap dalam setiap diri insan. Bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar , program ini dirancang dengan kerjasama guru pelatih praktikum bimbingan dan kaunseling IPGM Kampus Darulaman khusus untuk memberi penekanan kepada meningkatkan motivasi dan pendedahan kepada kemahiran belajar yang berkesan. Program ini juga dirangka agar murid-murid dapat mencapai matlamat kecemerlangan diri dan sahsiah yang terpuji.
Diharapkan dengan terlaksananya program seperti ini akan dapat memberi kekuatan terhadap jati diri murid dalam kehidupan sehariannya sebagai pelajar. Dengan adanya jati diri yang kukuh mampu mempertingkatkan sahsiah diri yang sedia ada dalam diri murid-murid untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam akademik dan menghadapi realiti kehidupan sebenar. Diharapkan juga para peserta akan membuka minda untuk mengubah persepsi diri dan berusaha untuk mempelajari cara pembelajaran berkesan berdasarkan strategi yang betul.


Refleksi
Bagi Program Motivasi dan Eksplorasi kecemerlangan 2009 ini, saya telah diberi tugas sebagai setiausaha di mana saya perlu membuat kertas kerja program ini. Sebelum program ini berlangsung, saya membuat persiapan tempat, persediaan PA System dan membuat kawalan murid. Manakala semasa program ini berlangsung, satu perkara dapat dilihat iaitu murid-murid kurang memberi tumpuan dan sedikit bising. Beberapa cadangan dan penambahbaikan perlu diambilkira sebagai panduan kepada saya untuk mengendalikan ceramah di masa akan datang.
Antaranya ialah penceramah perlu berdiri semasa mengendalikan sesuatu ceramah iaitu penceramah perlu lebih tinggi kedudukannya daripada peserta. Hal ini adalah penting untuk menarik perhatian para peserta dan membuat kawalan semasa ceramah berlangsung. Suara penceramah juga perlu ada intonasi tertentu untuk memberi kekuatan tentang apa yang diperkatakan dan dapat menarik tumpuan peserta.
Isi ceramah juga mestilah menarik dan bersesuaian dengan tahap penerimaan murid. Bahkan masa yang yang diberikan perlu dipenuhi dengan aktiviti sampingan yang tidak hanya bergantung kepada ceramah semata-mata. Komunikasi dua hala juga sangat penting di mana penceramah perlu berinteraksi dengan peserta melalui sesi soal jawab agar maklumat yang disampaikan dapat diterima dengan baik oleh peserta.
Keseluruhan perlaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar. Harapan saya agar peserta yang terlibat dapat memanfaatkan apa yang diperolehi dan ceramah ini dan bermula dengan sedikit perubahan akan memberi kecemerlangan kepada para peserta di masa akan datang. Dan, yang pasti peserta ini sentiasa diberi perhatian juga menjadi harapan sekolah khususnya dalam kecemerlangan akademik dan sahsiah diri yang terpuji.



M esyuarat Mingguan
Tarikh : 12 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 1.20-2.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Mesyuarat ini di adakan setiap minggu iaitu pada hari Rabu. Ia akan melibatkan semua guru dan guru pelatih praktikum. Ia dijalankan di Bilik Mesyuarat SKSAT.. Mesyuarat ini di mulakan dengan PK Pentadbiran iaitu En Mohd Rashid iaitu:
1) Jadual kedatangan perlu dilapor setiap hari ke hospital bagi tujuan Analisa Laporan Pelajar yang tidak hadir ke sekolah oleh pihak Hospital.
2) Aktiviti kokurikulum sekurang-kurangnya 12 kali setahun bagi aktiviti mingguan.
3) Tahniah untuk Hari Anugerah Cemerlang 2009 kepada semua guru.
4) Perhatian kepada guru bertugas minggu seterusnya perhimpunan akan diadakan seperti biasa.
5) Tuntutan perbelanjaan jika membawa murid ke luar.
Mesyuarat diikuti pula Guru Besar iaitu:
· Dapatan daripada Lawatan ke SK Sultan Idris:
1) Aktiviti sains sangat menarik.
2) Seni Muzik sangat unik- murid beleh menggunakan cara membaca.
3) Tandas bertaraf lima bintang.
4) Saiz kelas kecil.
5) Penggunaan Smart Board.
6) Mini perpustakaan.
7) Kawasan bersih dan terkawal.
8) Bilik guru sangat selesa.
9) Kemenjadian murid berfokus.
10) Kawasan Anjung yang canggih.
11) Layanan guru yang baik.

· Dapatan daripada Mesyuarat Taklimat (12 Julai 2009):
1) Influenza H1N1- Pengambilan Vitamin C, dapatkan arahan dengan Pejabat Kesihatan Negeri baru boleh tutup sekolah.
2) Aktiviti luar.
3) Aktiviti kokurikulum sekolah.
4) Pembestarian sekolah.
5) Aktiviti dalam sekolah yang melibatkan orang luar.
6) Guru ganti.
7) Guru pelatih.
8) Pengawas UPSR.
9) Kurikulum- Pengajaran dan pembelajaran berkesan.
10) Jadual ganti- Guru mesti berada dalam kelas dan membuat kawalan kelas.
· Hal-hal profesion:
1) Surat menyurat.
2) Tawaran/ lantikan/ pengesahan.
3) Kenaikan gaji.
4) PTK.
5) Markah prestasi.
6) Kenaikan pangkat.
· Kesihatan diri:
1) Minda- Sentiasa berfikiran positif.
2) Fizikal- Sentiasa peka akan kesihatan diri, menyayangi diri sendiri supaya kita mampu menyayangi orang lain.
3) Jaga pemakanan.
4) Senaman.
5) Jaga kebersihan.


Refleksi
Perbincangan semula tentang sesuatu aktiviti yang lakukan misalnya Guru Besar bertanya semula hasil dapatan dari lawatan ke SK Sultan Idris (Sekolah Kluster Pertama). Respon yang pelbagai diterima daripada guru-guru menunjukkan lawatan itu memberi info terbaru kepada pihak pentadbir khususnya dalam penambahbaikan pentadbiran sekolah. Kesedaran tentang perubahan-perubahan terkini dalam pendidikan adalah sangat penting agar sekolah sentiasa mengikuti perkembangan semasa
Komunikasi dua hala antara pihak pentadbir dan guru-guru dapat dilihat khususnya sewaktu pemberitahuan sesuatu maklumat. Pihak pentadbir akan memberitahu maklumat-maklumat terbaru kepada guru-guru khususnya perkara yang berkaitan dengan tugas guru yang perlu dilaksanakan dan perlu disegerakan. Manakala guru-guru menerima maklumat yang disampaikan dan bertanya kepada pihak pentadbir jika ada kekeliruan.
Pemberitahuan maklumat mengikut susunan pihak pentadbir dari rendah ke tinggi bermula dengan PK Pentadbiran dan kemudiannya dikuti oleh Guru Besar. Ini menunjukkan penyampaian maklumat mengikut sistem yang ditetapkan dan maklumat yang disampaikan adalah berbeza.
Pemberitahuan maklumat adalah meliputi isu semasa yang perlu diketahui oleh guru dan perlu diambil perhatian. Semua perkara yang disampaikan oleh pihak pentadbir adalah perkara yang berkaitan dengan guru dan murid yang perlu diberi perhatian dan perlu diambil tindakan segera. Justeru, guru sentiasa mendapat maklumat terbaru dari pihak pentadbir dan sentiasa mengetahuai maklumat semasa.




Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2009
Tarikh : 16 Ogos 2009 (Isnin)
Masa : 8.15-10.15 pagi
Tempat : Dewan Terbuka(A) SKSAT
Tajuk ceramah motivasi ini ialah “Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2009” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSAT. Ceramah ini di adakan di Surau SKSAT iaitu melibatkan semua murid Tahun 6 iaitu seramai 180 orang dan guru-guru yang terlibat dengan P&P pada waktu tersebut. Ceramah ini dihadiri oleh penceramah jemputan dari luar iaitu En Mohd Shokkeri b Haji Ismail selaku Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPGM Kampus Darulaman.
Program ini diadakan khusus untuk meningkatkan kecemerlangan akademik yang kini menjadi impian setiap insan dan masyarakat. Begitu juga halnya dengan prestasi sesuatu sekolah rendah sering diukur dengan pencapaian yang cemerlang dalam UPSR. Bagi memartabatkan sekolah ini, program ini dirancang khusus untuk memberi penekanan kepada meningkatkan motivasi dan pendedahan kepada kemahiran belajar yang berkesan. Program ini juga dirangka agar murid-murid dapat mencapai matlamat kecemerlangan diri dan seterusnya menaikkan pencapaian prestasi UPSR.
Program ini juga dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi UPSR kepada peratus yang lebih baik di samping melahirkan murid-murid yang berkualiti. Seratus peratus merupakan target UPSR pada tahun 2009. Diharapkan dengan terlaksananya program seperti ini akan dapat membuka minda kepada semua pihak akan pentingnya kesedaran diri sendiri serta mengenali kekuatan dan kelemahan diri dalam mengharungi cabaran akademik dan juga realiti kehidupan.



Refleksi
Program motivasi ini amat berkesan dalam memantapkan motivasi murid Tahun 6 menjelang peperiksaan. Hal ini kerana, semangat juang yang tinggi ini perlu dikekalkan sehingga hari peperiksaan dan benar-benar bersedia menghadapi peperiksaan sebenar. Hal ini juga kerana, jati diri yang kental perlu disemai sentiasa di dalam diri peserta agar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan akan menghasilkan kejayaan.
Slot ceramah yang dikendali oleh En Mohd Shokkeri dapat menarik minat peserta. Isi ceramah berkisar kepada diri peserta dan impian mereka dalam peperiksaan. Apa yang penting adalah tentang strategi menghadapi peperiksaan yang tidak hanya bertumpu kepada akademik semata-mata tetapi juga turut menyelitkan hubungan peserta dengan ibu bapa dan Pencipta. Pendedahan di peringkat awal ini perlu dipupuk agar di masa datang para peserta dapat menjadi insan yang berjaya dan mempunyai sahsiah yang terpuji.
Diharapkan juga para peserta akan berusaha mengubah persepsi diri sebelum menghadapi peperiksaan dan menambahbaik kualiti disiplin serta mempunyai strategi dan kemahiran belajar yang berkesan dalam menghadapi UPSR.










Sambutan Hari Kemerdekaan
Tarikh : 1 September 2009 (Selasa)
Masa : 10.15 pagi – 12.45 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka(B) SKSAT
Kini, kita telah mencapai kemerdekaan kali ke-52 pada tahun ini. Kemerdekaan ini amat bermakna kepada kita kerana kemerdekaan, kedaulatan dan kemakmuran negara terus terpelihara. Nikmat yang sedang kita kecapi ini tidak ternilai harganya dan bukanlah diperoleh dengan cara yang mudah tetapi hasil daripada pengorbanan dan perjuangan para pemimpin kita pada masa lampau.
Sambutan hari Kemerdekaan ke 52 ini di adakan di Dewan Terbuka (B) SKSAT melibatkan semua murid Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3) dan semua guru yang terlibat dengan p&p pada waktu itu. Program ini di pengerusikan oleh En Ali Abdullah PK Hal Ehwal Murid (HEM) SKSAT dan di mulakan dengan ucapan beliau tentang kemerdekaan negara kita. Ucapan beliau juga memberi pendedahan awal tentang rasa cintakan tanahair di peringkat sekolah rendah dan memperingati hari kemerdekaan negara pada setiap tahun.
Program diteruskan pula dengan pembacaan Perutusan oleh Y.A.B pembacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj Alimuddin Bin Haji Mohd Dom. Perutusan ini dibacakan oleh Guru Pelatih Praktikum (Pemulihan Khas) iaitu En Mohd Faraein b. Sanusi. Perutusan ini bertujuan untuk menyampaikan pesanan yang bermakna sempena kemerdekaan kita ke 52. Perutusan itu juga turut menyentuh tentang.konsep 1MALAYSIA yang menimbulkan semangat patriotik iaitu perasaan kasih, sayang dan cintakan Negara. Kemerdekaan yang dicapai juga beerti rakyat yang berjiwa merdeka di mana rakyat yang mempunyai sifat-sifat berdikari, berdaya maju, berdaya saing dan mempunyai minda yang terbuka.
Pogram diteruskan dengan pembacaan perutusan Hari Kebangsaan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin Menteri Pelajaran Malaysia oleh En Farid Helmyzan b. Fauzi Guru Pelatih Praktikum (Pemulihan Khas). Antara isi utama yang disampaikan dalam perutusan tersebut iaitu peranan guru dalam membimbing murid khususnya dalam menghadapi era masa kini yang penuh cabaran dalam bidang pendidikan dan memenuhi keperluan untuk menjadi Negara maju pada hari ini, sememangnya peranan guru semakin mencabar.
Di ikuti dengan laungan kemerdekaan bersama murid sebagai tanda semangat patriotik terhadap kemerdekaan yang dicapai oleh Negara kita. Di ketuai oleh En Farid Helmyzan b Fauzi, laungan kemerdekaan yang penuh bersemangat oleh murid dan guru bertempat di Dewan Terbuka SKSAT (B). Laungan itu di laksanakan sebanyak tiga kali bagi memupuk semangat murid-murid dan guru SKSAT untuk menghayati kemerdekaan yang dicapai oleh Negara kita pada tahun ini.
Program ini dilengkapkan lagi dengan tayangan video tentang detik-detik sejarah kemerdekaan Negara kita. Semua murid dan guru menonton tayangan video tersebut selama 30 minit. Video tersebut menayangkan tentang perjuangan tokoh tanah air untuk mencapai kemerdekaan. Detik-detik untuk mencapai kemerdekaan yang dipaparkan di dalam video tersebut memberi kesejahteraan hidup kepada kita sampai saat dan detik hari ini. Video ini dirakamkan khusus untuk kita menghayati sepanjang tahun sejarah yang perlu di kenang sepanjang zaman.
Akhir sekali, pengenalan asal usul pembentukan negara Malaysia dan perjuangan kemerdekaan oleh En Muzaffar b. Tawang selaku guru disiplin SKSAT. Penerangan oleh beliau adalah tentang bagaimana permulaan kepada pembentukan Negara Malaysia dengan peritiwa-peristiwa yang berlaku sebelum pengisytiharan Negara Malaysia. Beliau juga turut menyentuh tentang tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan untuk tanah air. Program ini diakhiri dengan aktiviti kuiz tentang apa yang telah disampaikan oleh En Muzaffar. Kuiz ini mendapat sambutan dari murid dan bersaing antara satu sama lain untuk menjawab soalan kuiz tersebut.


Refleksi
Program Sambutan Hari Kemerdekaan ini adalah wajib dilaksanakan di setiap sekolah. Semasa program ini dilaksana di SKSAT, saya melihat beberapa perkara yang mendatangkan manfaat hasil dari program tersebut. Komitmen murid adalah sangat tinggi semasa program ini dilaksanakan. Hal ini kerana pengisian dalam program ini sangat menarik dan di tambah dengan peneguhan positif iaitu pemberian hadiah di akhir program kepada murid yang dapat menjawab soalan dari kuiz yang di kemukakan. Ini bagi menghargai komitmen murid dalam program ini kerana kesungguhan dan minat murid terhadap apa yang telah disampaikan.
Semua guru yang terlibat dengan p&p pada waktu itu mengambil bahagian untuk mengikuti sambutan kemerdekaan tersebut di samping mengawal kelas masing-masing mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ketepatan masa, keselarasan mengumpulkan murid-murid di lokasi yang telah ditetapkan dan kawalan murid semasa perlaksanaan program adalah sangat bersistematik. Ini memudahkan kelancaran program ini dari awal sampai berakhirnya program ini.
Pertamanya, program ini telah memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang sejarah kemerdekaan negara dari penjajahan para penjajah. Ini sangat penting kerana perlunya generasi masa kini mengetahui tentang kebebasan yang kita perolehi selama 52 tahun ini adalah hasil usaha dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu untuk mencapainya. Apabila mereka didedahkan dengan peristiwa ini, ia dapat memupuk semangat cintakan negara sebagai tempat yang didiami kekal selama-lamanya dan kita bebas di negara sendiri.
Keduanya, program ini juga dapat mengingati semua yang terlibat tentang sejarah kemerdekaan negara. Ini kerana suatu ketika dahulu, kita pernah mengalami kesusahan hidup akibat dijajah oleh kuasa asing. Kita tidak dapat membuat keputusan sendiri sebaliknya bertindak mengikut dari arahan kuasa asing. Kini, kesusahan untuk mencapai kemerdekaan dahulu patut diingati dan di kenang agar ia tidak berulang lagi. Sejarah yang lepas patut dijadikan teladan kepada generasi masa kini bahawa kesenangan yang di kecapi kini adalah kesukaran di masa lepas.
Seterusnya, ia juga dapat memberi kesedaran tentang segala nikmat kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil usaha gigih nenek moyang kita terdahulu. Generasi pada masa kini perlu mensyukuri nikmat yang kita perolehi tanpa kesusahan sebaliknya telah menerima seadanya tatkala melihat di dunia ini. Kesedaran ini perlu untuk membolahkan anak-anak yang masih mentah ini insaf akan apa yang telah terjadi pada tanah air kita suatu ketika dahulu dan menjaganya agar tidak berulang lagi.
Sambutan kemerdekaan di sekolah ini juga mampu menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid-murid. Bak kata pepatah Melayu, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ia begitu sinonim sekali dengan program ini kerana nilai yang baik ini harus di semai di peringkat awal lagi.Negara yang di diami kini perlu di jaga, di sayangi dan di cintai. Hal ini kerana rakyat adalah nadi penggerak dalam sesebuah negara. Jika semangat patriotik ini tidak di semai dan di pupuk sentiasa, ia akan dilupai dan menjadi kudis dalam negara dan kemungkinan sekali lagi negara kita akan di jajah.











Pengisian Motivasi untuk murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)
Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Masa : 10.15 pagi – 12.45 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka(A) SKSAT
Pengisian Motivasi untuk murid Tahap 1(Tahun 1, 2 dan 3) anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSAT. Program ini di adakan di Dewan Terbuka (A) SKSAT iaitu melibatkan semua murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan guru-guru yang terlibat dengan P&P pada waktu tersebut. Program ini adalah satu program yang dilaksanakan sebagai pengisisan kepada murid-murid Tahap 1 yang ketiadaan untuk proses p&p kerana keterlibatan guru bagi mesyuarat Peperiksaan UPSR.Program ini di pengerusikan oleh Puan Hajah Fauziah Hanim bt Mukhtar selaku guru Bimbingan dan Kaunseling SKSAT. Beliau menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
Program di mulakan dengan slot ceramah pertama iaitu oleh Ustazah Siti Hajar mengenai topik Fadhilat di Bulan Puasa. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah mengenai pahala yang boleh dicapai melalui amalan yang dilakukan di bulan puasa. Adab-adab yang perlu dijaga semasa berpuasa juga turut menjadi pengisian dalam ceramah ini. Penceramah juga turut menyentuh tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Kemudia, sesi soal jawab antara penceramah dengan murid-murid tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan-amaln semasa di bulan puasa.
Seterusnya, program ini diteruskan dengan slot tayangan video yang bertajuk “Fikir Dulu Sebelum Buang”. Tayangan ini adalah tentang sikap yang baik dan positif yang perlu untuk menjaga alam sekitar. Antara slot yang ditayangkan ialah cara-cara membuang sampah yang betul dan di tempat yang dikhaskan. Tayangan ini berbentuk kartun animasi dan bersesuaian dengan jiwa murid-murid Tahap 1. Sebaik sahaja tayangan video ini tamat, pengerusi majlis membuat kuiz kepada murid-murid dan bertanya soalan berkaitan dengan apa yang telah di pertontonkan dalan tayangan video tersebut.
Program ini diambil alih pula oleh Puan Roshaizan bt Mat selaku Guru Pelatih Praktikum (Bimbingan dan Kaunseling) untuk membuat kuiz kepada murid-murid menerusi tayangan video yang di paparkan. Tajuk tayangan video ini adalah “Pingu” sebagai acara selingan untuk menunjukkan kesungguhan seekor binatang untuk belajar menyanyi. Motif yang ingin di sampaikan adalah setiap apa yang diimpikan memerlukan kesungguhan untuk melakukannya dan usaha yang berterusan. Soalan kuiz di kemukan berkaitan dengan tayangan video dan hadiah diberikan kepada murid yang dapat menjawab.
Akhir sekali, program ini di ambil alih oleh Cik Rabiah bt Ishak juga Guru Pelatih Praktikum (Bimbingan dan Kaunseling). Slot ini diisi dengan kisah Katak-katak Kecil. Cerita yang di sampaikan ini mempunyai unsur motivasi kepada murid-murid di mana dalam melaksanakan sesuatu, jadi lah seolah-olah katak yang pekak berusaha untuk memanjat menara yang tinggi tanpa memperdulikan kata-kata orang lain. Ia berjaya memanjat menara tersebut kerana tidak mendengar kata-kata orang.
Justeru, pengisian dalam program ini adalah bertemakan motivasi diri. Hal ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid untuk membuat perkara positif dan baik. Dan, setiap kelas berada dalam kawalan yang baik dan semua murid yang terlibat dapat dikumpulkan di tempat yang strategik dan terkawal.








Refleksi
Beberapa perkara yang saya dapat lihat semasa program ini dilaksanakan iaitu membolehkan murid berada dalam kawalan. Perlunya sesuatu pengisian apabila ketiadaan ramai guru semasa p&p berlangsung. Murid-murid Tahap 1 tidak boleh dibiarkan tanpa guru kerana kebanyakan daripada mereka perlu di kawal dan tidak dapat mengurus diri dengan baik. Jadi, semua murid-murid yang terlibat ini perlu di kawal agar tidak berkeliaran dan berlaku kejadian yang tidak diingini.
Program ini juga perlu dirancang sekalipun melibatkan murid-murid Tahap 1. Pengisian program mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan dan tahap penerimaan mereka. Antaranya, pengisian Fadhilat Bulan Puasa yang bersesuaian dengan situasi bulan puasa yang sedang di tempuhi. Jadi, murid-murid mudah untuk mengaplikasikan apa yang yang di dengar dengan keadaan realitinya kini. Manakala, slot motivasi pula adalah perlu sentiasa di sampaikan untuk membolehkan murid-murid bersemangat untuk terus belajar dan terus berusaha mencapai kejayaan dalam hidup yang positif dalam setiap perkara yang ditempuhi.
Program ini walaupun hanya melibatkan jangka masa yang sekejap tetapi manfaat dari pengisian dari program tersebut adalah menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid. Nilai-nilai murni perlu di pupuk di peringkat awal lagi agar murid-murid tampil tatkala dewasa dengan jati diri yang kukuh yang diperolehi dari awal lagi. Hal ini penting kerana murid-murid mudah di pengaruhi oleh rakan sebaya jika tidak dibendung dari awal.

salam...

doakan kami rentas cemerlang dengan baik

Friday, September 11, 2009

PENAMBAHBAIKAN SUDUT-SUDUT BILIK KAUNSELING

SUDUT PPDa
GAMBAR 1 : BAHAN BERACUN DALAM ROKOK
GAMBAR 2 : PAMPLET TENTANG PENYALAHGUNAAN DADAH
GAMBAR 3 : PENGEDARAN DADAH
GAMBAR 4 : HASIL KERJA MURID
GAMBAR 5 : HASIL KERJA MURID

INFO SEMASA
Gambar 1 : Jenis-jenis penyakit

SUDUT HIV
Gambar 1 : Maklumat tentang HIV

SUDUT AKADEMIK
Gambar 1 : Pembelajaran Berkesan

SUDUT KERJAYA
Gambar 1 : Jenis-jenis kerjaya
Gambar 2 : Pokok kerjaya
Gambar 3 : Pamplet kerjaya
Gambar 4 : Puzzle kerjaya

PENULISAN JURNAL

PENULISAN JURNAL
MINGGU PERTAMA
(21 JUN – 2 5 JUN 2009)

MASALAH
Sepanjang seminggu saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT), saya mendapati guru-guru yang bertugas di sekolah tersebut agak kurang mesra khususnya guru-guru perempuan. Ini dapat dilihat sewaktu melaporkan diri di pejabat, beberapa orang guru memandang sinis pada semua guru pelatih praktikum yang melapor diri pada waktu itu. Sewaktu perhimpunan pula, saya dan guru pelatih praktikum lain bagaikan terasing dalam majlis tersebut.
Sepanjang seminggu praktikum juga saya, berada di bilik guru untuk menunjukkan kehadiran saya sebagai guru praktikum di sekolah tersebut dan ingin mengenali guru-guru di SKSAT dengan lebih dekat. Namun, masing-masing suka membuat hal sendiri dan dan tidak bertegur sapa dengan saya dan rakan-rakan guru praktikum yang lain. Mereka tidak cukup mesra untuk bertegur dengan kami dan hanya berbicara sepatah dua kata sahaja untuk beberapa persoalan tertentu sahaja. Malahan, mereka hanya berbicara dengan rakan sejawatan sahaja

ANALISIS MASALAH
Dari pemerhatian saya, dapati punca-punca guru-guru di SKSAT bersikap dingin terhadap saya ialah kerana istilah guru KPLI. Ini kerana seringkali guru-guru lama kurang mesra dengan guru baru khususnya guru dari lepasan KPLI. Istilah KPLI ini membezakan kelulusan antara guru-guru tersebut dengan guru lepasan KPLI iaitu KPLI bertaraf ijazah dengan gred DG41 manakala mereka tidak semuanya berkelulusan demikian malah lebih rendah dari DG41. Di SKSAT, hanya 17 orang guru sahaja yang berkelulusan ijazah dengan gred DG41 manakala selebihnya adalah DG 32 DAN DG38. Mereka mungkin berasa rendah diri dengan saya dan rakan-rakan praktikum yang lain berdasarkan kelulusan tersebut.
Di samping itu juga, mereka tidak cukup mesra kerana kelihatan guru-guru sibuk dengan jadual pengajaran kelas dan perlu melengkapkan rancangan pengajaran serta membuat refleksi hasil dari pengajaran untuk hari tersebut. Selain dari penulisan tersebut, mereka juga tidak terkecuali dengan aktiviti-aktiviti sekolah di bawah pengendalian masing-masing. Jadi, peruntukan masa untuk mereka adalah sangat terhad kerana kesibukan dengan pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan menyebabkan mereka tidak ada masa untuk berbicara dengan saya sebagai guru praktikum di sekolah tersebut.

CADANGAN
Untuk menyelesaikan permasalahan ini, beberapa alternatif perlu saya ambil agar sikap dingin dan tidak mesra ini dapat diatasi. Pertamanya, apabila berjumpa guru-guru sama ada lelaki mahu pun perempuan, saya akan sentiasa senyum dan memberi salam kepada mereka. Ini sebagai permulaan kepada perkenalan untuk membina hubungan yang seterusnya sebagai rakan sejawatan. Senyuman juga dapat menimbulkan rasa senang apabila berjumpa dengan saya yang di anggap guru baru di sekolah tersebut. Dan, ini mungkin dapat merubah persepsi mereka sebelum ini yang menganggap guru praktikum KPLI adalah sombong.
Di samping itu, segala apa yang berlaku pada minggu pertama saya tidak akan mengambil hati dan membiarkan keadaan tersebut makin berlarutan. Keadaan tersebut saya anggap sebagai satu cabaran sebagai guru baru yang memulakan perkhidmatan di tempat baru. Saya berpegang kepada pepatah “alah bisa tegal biasa” iaitu apabila sudah lama ia akan menjadi satu rutin yang biasa. Saya akan bertindak dengan mengenalpasti waktu lapang guru-guru tersebut untuk memberi ruang kepada kami berbicara dan berkongsi pengalaman dan cara mengajar di antara guru baru dengan guru lama dan dalam masa yang sama saya mendapatkan maklumat pelajar yang di kenalpasti bermasalah untuk di beri bimbingan.
Selain itu, saya akan mendekati guru-guru yang kelihatan mesra untuk mengenalinya dengan lebih rapat dan sekaligus mengenali guru-guru yang lain melalui guru tersebut. Ini adalah dapat melihat gambaran kasar personaliti guru-guru lain sebelum mengenali dengan lebih dekat. Dan, guru-guru yang mesra biasanya akan memperkenalkan guru baru yang mendekatinya kepada guru-guru lain. Mungkin juga dia akan bercakap dengan guru lain pada waktu tertentu tentang guru-guru baru yang datang bertegur dengannya.
Bahkan, saya akan cuba menyibukkan diri dengan aktiviti sekolah. Mislanya, SKSAT memerlukan tenaga pengajar untuk aktiviti tarian Caklempong pada waktu petang. Sekali pun tarian tidak berada di bawah bidang kaunseling, tetapi saya menawarkan diri kepada guru yang mengendalikan tarian tersebut sebagai pembantu kepada untuk membuat pemntaun sewaktu pelajar membuat latihan. Saya juga akan sentiasa memerhati jika ada guru yang ingin melaksanakan sesuatu aktiviti, saya akan tawarkan diri sebagai pembantunya untuk mengendalikan sesuatu aktiviti.

TEMPOH PENYELESAIAN
28/8/2009 hingga 2/8/2009 iaitu selama 1 minggu

TINDAKAN SUSULAN
Saya melihat jadual keseluruhan sekolah di mana tertera nama guru dan kelas yang diajar. Dan, peringkat permulaan saya juga membuat pemantauan dalam bilik guru di mana saya melihat nama-nama yang dilekatkan di meja masing-masing dan kemudian melihat guru yang akan duduk di meja tersebut. Bahkan, jika saya melihat ada guru yang tidak sibuk saya akan mendekatinya dan bertanya perihal kelas yang diajar dan mengajaknya untuk makan bersama di kantin. Manakala semasa perhimpunan atau jika ada majlis tertentu, saya akan berada dalam kalangan guru-guru SKSAT dan mencadangkan guru-guru pelatih praktkum yang lain agar bertindak perihal yang sama agar kami tidak dilihat berada dalam kelompok guru-guru praktikum sahaja, sebaliknya mesra di mana-mana sahaja berada.

CATATAN
Melalui beberapa altenatif yang diambil, senyuman memberi kesan penerimaan guru-guru terhadap guru baru. Sebagai guru baru, perkara pertama sewaktu menghadirkan diri di sesebuah sekolah ialah sentiasa memberikan senyuman sebagai tanda menghormati guru lama. Ini akan memberi persepsi positif dari guru lama tentang sikap guru baru.
Bahkan, sentiasa bertanya dan ingin belajar sesuatu dari guru yang sememangnya sudah berpengalaman kerana pengalaman mereka jauh lebih banyak dan dapat dijadikan panduan sebelum pengajaran. Kelebihan yang di perolehi dijadikan sebagai panduan manakala kelemahan dijadikan iktibar agar dapat mendidik generasi di masa akan datang denga mendidiki ilmu yang betul.
Guru praktikum perlu menunjukkan sikap yang mesra dan tidak sombong. Memandangkan ini kali pertama menjalani praktikum di sekolah, jadi sebagai guru pelatih praktikum, saya perlu menunjukkan sikap mesra dan tidak sombong. Ini adalah sikap profesional yang perlu di amalkan dalam menjalankan tugas seharian dan permulaan kepada cara untuk berinteraksi dengan rakan sejawatan.






PENULISAN JURNAL
MINGGU KEDUA
(28 JUN – 2 JULAI 2009)

MASALAH
Pada minggu pertama pengajaran dan pembelajaran saya tidak dapat dijalankan sepenuhnya disebabkan oleh aktiviti pengurusan dan pentadbiran dan beberapa perkara yang lain. Pada minggu kedua ini, saya mula menghadapi masalah untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran kerana jadual kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang diperolehi dari sumber guru data sekolah SKSAT tidak sama dengan jadual sebenar yang terkini. Justeru, saya mengalami kesukaran untuk merancang Rancangan Pengajaran Harian saya.

ANALISIS MASALAH
Pada pendapat saya, punca kepada permasalahan yang saya hadapi ialah kerana saya tidak menyemak jadual tersebut terlebih dahulu dengan setiap guru kelas. Saya menerima segala maklumat dan beranggapan tiada sebarang kesilapan yang berlaku. Saya juga tidak bertanya kepada guru data SKSAT tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada jadual tersebut.

CADANGAN
Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil langkah yang sepatut saya lakukan iaitu berjumpa dengan guru data SKSAT iaitu En Zahir untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang jadual kelas yang terkini dan jadual kelas yang telah diubah. Ini kerana beliau merupakan guru yang menyediakan segala maklumat yang berkaitan dengan SKSAT khususnya dalam penyusunan jadual setiap kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan sebarang perubahan jadual dalam jadual kelas dan jadual guru diubahsuai oleh beliau.
Selain dari mendapatkan maklumat dari guru data SKSAT, saya juga boleh berjumpa dengan mana-mana guru kelas yang terlibat iaitu guru kelas di mana saya akan membuat bimbingan kelas di kelas tersebut. Guru kelas sememangnya mempunyai buku rekod kehadiran yang khusus beserta bilangan murid mengikut jantina, bangsa dan beberapa maklumat penting yang lain. Jadi, sudah pasti maklumat yang diperolehi adalah tepat.
Di samping itu, saya boleh mengambil inisiatif lain seperti berkunjung ke kelas yang terlibat dengan bimbingan kelas yang akan saya kendalikan dan bertanya kepada murid-murid di dalam kelas tersebut. Dan, maklumat akan diperolehi secara lisan melalui pertanyaan dengan murid dan secara bertulis sepertimana tercatat di dalam jadual kelas yang biasanya di tampal di papan kenyataan di baris hadapan dinding kelas.

TEMPOH PENYELESAIAN
28 Jun 2009 hingga 2 Julai 2009 iaitu selama seminggu.

TINDAKAN SUSULAN
Saya berbincang dengan guru pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang 3 bulan menjalani praktikum ini dan berbincang tentang pemasalahan yang di hadapi. Rasional daripada beliau ialah berjumpa dengan guru data di SKSAT. Ini kerana guru data yang mengendalikan semua maklumat berkenaan susunan jadual kelas mengikut Tahap 1 dan Tahap 2 dan jadual setiap guru. Bahkan, sebarang perubahan beliau akan terima terlebih dahulu sama ada daripada guru terlibat dengan mana-mana kelas yang mengalami perubahan tersebut atau pun dari pihak pentadbiran iaitu PK Pentadbiran tentang perubahan sebarang jadual kelas.
Saya juga perlu sentiasa berhubung dengan guru-guru kelas yang terlibat dengan kelas bimbingan yang saya kendalikan pada masa itu dan mendapatkan terus salinan jadual kelas dari guru-guru tersebut dan membuat salinan fotostat. Maklumat tentang jadual kelas yang tepat dapat diperolehi terus dan cepat. Dan, sekaligus saya dapat menyusun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang akan saya kendalikan.

CATATAN
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan seseorang guru pelatih praktikum perlu ada kesungguhan dan kepercayaan serta berani mengambil risiko. Hal ini berkait rapat dengan saya khususnya untuk mendapatkan maklumat pada dua minggu pertama menjalani praktikum. Ini kerana segala maklumat yang diperlukan perlu disegerakan pada minggu pertama dan penambahbaikan boleh dilakukan pada minggu kedua praktikum.
Cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang jadual kelas yang sebenar ialah mendapatkan maklumat dari guru kelas kerana guru kelas sememangnya ada jadual kelas sendiri untuk kelasnya dan jadual tersebut telah ditetapkan di awal tahun sesi persekolahan lagi. Jadual tersebut akan ditampal di papan kenyataan setiap kelas di sudut hadapan dinding kelas. Dan, semua murid akan mengikuti sesi pembelajaran berdasarkan jadual tersebut sepanjang sesi persekolahan.
Manakala beberapa cadangan lagi seperti berjumpa guru data atau bertanya dengan murid-murid yang berada dalam kelas terlibat adalah turut berkesan. Cuma, cara pendekatan yang berbeza dan hasil yang akan diterima juga berbeza mengikut jangkamasa yang lambat sedikit berbanding dengan cara mendapatkan terus maklumat dari guru kelas. Dan, maklumat juga akan ralat dengan maklumat sebenar sekiranya tidak di semak balik dengan individu yang terlibat dalam penyusunan jadual tersebut.


PENULISAN JURNAL
MINGGU KETIGA
(5 JULAI – 9 JULAI 2009)

MASALAH
Masalah yang saya hadapi ialah hilang kawalan murid semasa mengendalikan kelas. Saya mengendalikan kelas bagi kumpulan Tahap 1 iaitu Tahun 2 bagi aktiviti bimbingan kelas. Tahun 2 mengandungi 5 kelas dengan peringkat pandai,sederhana dan lemah. Semasa mengendalikan kelima-lima kelas ini,saya hilang kawalan untuk mengawal kelas. Murid-murid menjadi bising dan sukar mengikut arahan.

ANALISIS MASALAH
Faktor pertama berlakunya masalah ini penerimaan murid-murid Tahun 2 adalah berbeza dengan murid-murid dari Tahap 2. Konsep belajar sambil bermain adalah menjadi rutin dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid Tahap 1 khususnya Tahun 2. Jadi, mereka lebih banyak bermain dalam setiap aktiviti berbanding kemahiran mendengar dan melihat.
Keduanya,saya tiada pengalaman mengurus kelas, khususnya murid-murid sekolah rendah. Pendekatan mengurus kelas pelajar sekolah rendah amat berbeza dengan mengurus pelajar sekolah menengah. Saya tidak mengetahui pendekatan yang perlu digunapakai sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sehingga kelas menjadi bising dan tidak terkawal.
Selain itu penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang tidak pelbagai. Penggunaan BBM yang saya gunakan kurang menarik minat pelajar dan hasil yang diperolehi tidak memberi nilai yang diinginkan seperti mana hasil pembelajaran yang dirancang. Penggunaan BBM saya juga kurang pelbagai dan terhad kepada satu warna sahaja. Dr Rajbir Kaur (2005), terdapat gangguan komunikasi berlaku dalam bilik darjah kerana aktiviti pembelajaran yang kurang menarik jika guru mengelolakan aktiviti pembelajaran yang kurang menarik, minat murid-murid untuk belajar akan berkurangan dan mereka akan cenderung untuk membuat bising dalam bilik darjah.
Bahkan,suara yang kurang jelas juga membuatkan pelajar hilang tumpuan. Suara saya yang perlahan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang berjumlah 35 hingga 40 orang. Kawalan kelas terganggu kerana murid tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas.
Istilah guru baru juga membuat murid mengambil kesempatan terhadap guru baru. Mereka sudah biasa dengan guru mereka yang bersuara lantang dan tegas. Jadi,mereka lebih menghormati guru dan mendengar arahan guru mereka.

CADANGAN
Untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini iaitu mencari pendekatan yang sesuai untuk p&p bagi murid Tahun 2 iaitu berjumpa dengan guru kelas Tahun 2 dan bertanya cara mereka mengajar dan membuat kawalan kelas sewaktu mengendalikan kelas masing-masing. Saya juga boleh berkongsi pengalaman dengan guru-guru terlibat bagi mempraktifkan p&p dan kawalan yang berkesan. Ini kerana guru-guru terlibat sudah berpengalaman lebih kurang 3 hingga 4 tahun di sekolah tersebut. Saya juga perlu kreatif dan mencari kesesuaian khususnya dari segi penggunaan BBM. BBM yang digunakan mesti sesuai dengan tahap penerimaan murid Tahun 2, menarik minat untuk melakukan aktiviti dan dapat memberi nilai selepas pembelajaran. Saya akan menggunakan BBM lain untuk setiap kelas agar murid-murid tidak mempelajari perkara yang sama.

TEMPOH PENYELESAIAN
Tempoh penyelesaian yang diambil selama 3 minggu kerana saya akan memasuki kelas Tahap 1 iaitu Tahun 2 pada 3 minggu akan datang sepertimana yang dijadualkan. Jadi,dalam tempoh ini, saya akan mempraktikkan sebaik mungkin langkah-langkah penyelesaian kepada masalah ini.

TINDAKAN SUSULAN
Saya berjumpa dengan guru pembimbing dan cara pendekatan yang sesuai semasa pengajaran bagi pelajar Tahun 2. Guru pembimbing memberi beberapa penekanan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid Tahap 1 khususnya Tahun 2 iaitu menggunakan suara yang lantang dan tegas sewaktu kali pertama memasuki kelas. Ini kerana.pandangan pertama murid terhadap memberi kesan untuk proses p&p yang seterusnya. Ini akan menimbulkan rasa hormat mereka kepada guru.
Selain itu, perlulah perbincangan dengan murid-murid sebelum memulakan aktiviti. Murid bukan sekadar mendengar sahaja, tetapi melihat dan mengaplikasikam apa yang diajari. Ini membolehkan nilai yang diinginkan di sampaikan dengan oleh guru diperolehi selepas p&p. Disamping itu,saya sentiasa membuat peneguhan positif misalnya memberi pujian kepada murid yang sentiasa menjawab soalan.

CATATAN
Penggunaan BBM yang pelbagai dapat menarik minat pelajar sewaktu proses p&p. Selepas memasuki kelas yang terakhir tahun 2, saya menerima respon yang kurang memuaskan. Selepas itu untuk kelas yang seterusnya,saya mempelbagaikan BBM untuk p&p dan lebih banyak berinteraksi dengan murid. Hasilnya amat memberangsangkan dan murid mendapat nilai-nilai murni hasil pembelajarannya.





PENULISAN JURNAL
MINGGU KEEMPAT
(12 JULAI – 16 JULAI 2009)

MASALAH
Pada minggu ini saya berasa lebih selesa dan bersedia untuk mengajar. Hubungan saya dan pelajar mula rapat dan saya juga dapat mengingati nama mereka walaupun bukan secara keseluruhannya. Antara masalah yang saya hadapi ialah ada sesetengah murid tidak memberi perhatian semasa saya mengajar dan membuat bising dalam kelas. Ini dapat dilihat khususnya dalam kalangan kelas yang terakhir. Mereka tidak memberi tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru, tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru, tidak menunjukkan minat untuk belajar, kurang komitmen terhadap pelajaran dan ada yang tidak pandai membaca.
Blair, Jones & Simpson, 1991 menyatakan:
“Apabila guru-guru menjejakkan kakinya ke dalam kelas pertama kali akan menyedari terlalu banyak perbezaan di kalangan pelajar-pelajarnya. Guru harus berusaha menyelidik dengan mendalam bentuk-bentuk perbezaan yang wujud. Sejauh mana kesan perbezaan individu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu diketahui”.

ANALISIS
Daripada masalah di atas saya telah membuat beberapa pemerhatian, siasatan dan temubual dengan guru pembimbing saya dan juga rakan-rakan mereka. Selain itu saya juga banyak mendapat maklum balas daripada guru-guru lain yang juga mengajar mata pelajaran lain di kelas tersebut. Antara dapatan yang saya dapat ialah mereka tidak begitu cekap dalam penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) terutamanya murid kelas 3 Firus.
“Dunn dan Dunn (1978, 1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Kecenderungan seseorang individu ini dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu persekitaran, fisiologi, sosiologi, fizikal dan psikologi”.

CADANGAN
Untuk mengatasi masalah di atas saya telah membuat beberapa tindakan dan cadangan. Antaranya adalah bagi mengatasi masalah murid-murid membuat bising dan tidak memberi perhatian semasa P&P iaitu menggunakan strategi pengajaran yang efektif iaitu membuat (hands-on) aktiviti yang sentiasa melibatkan penglibatan murid setiap kali P&P dijalankan. Mok Soon Sang (2008), strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan yang cerdas diberikan aktiviti pengayaan manakala murid-murid yang belajar lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan.
Saya juga akan memanggil nama mereka yang selalu membuat bising dan saya akan pandang tepat ke mukanya sebagai amaran tegas dan sekiranya mengulangi kesalahan saya menyuruhnya duduk di meja yang diletakkan khas berdekatan dengan meja guru dan di hadapan kelas. Cara ini juga adalah sebagai peringatan kepada murid-murid lain jika mereka melakukan perbuatan sama, maka mereka juga akan dihukum sedemikian.
Dan, saya telah menetapkan beberapa peraturan kelas sebelum memulakan sesi pengajaran yang perlu dipatuhi semasa saya sedang mengajar iaitu sebarang bentuk perbualan bukan berkaitan dengan P&P adalah dilarang. Mereka hanya dibenarkan bertanya soalan berkaitan dengan pelajaran dan perlu mengangkat tangan terlebih dahulu untuk bertanya. Jika ada dalam kalangan mereka melanggar peraturan tersebut saya akan memanggil mereka dan diarahkan berdiri selama 5 minit di hadapan kelas sehingga meraka kembali diam dan tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN
19 Julai 2009 – 23 Julai 2009 (1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan menggunakan aktiviti sampingan menyanyi dengan melakukan pergerakan seperti lagu pentenaga iaitu Pizza Hut, McDonald dan Kentucky Fried Chicken yang mampu menarik minat murid-murid untuk memberi perhatian semasa saya mengajar. Ini kerana murid-murid Tahap 1 lebih suka belajar sambil bermain. Jadi, nyanyian dapat membantu mereka memberi tumpuan kepada guru dan dalam masa yang sama guru dapat menyelitkan isi p&p. Dr Rajbir Kaur (2005), di dalam peringkat permulaan guru berjaya memotivasikan murid-murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat.
Saya juga perlu menetapkan peraturan awal sebelum mengajar iaitu akan mengambil nama mana-mana murid yang tidak mahu membuat kerja dan membuat bising untuk dihantar kepada guru disiplin. Peraturan sebegini perlu sebelum P&P kerana mereka akan memberi tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru. Hal ini juga kerana guru disiplin SKSAT iaitu En Muzaffar ditakuti oleh murid-murid kerana jika mereka melakukan kesalahan mereka akan dihantar kepada guru disiplin dan akan dirotan oleh guru tersebut .
Menerapkan disiplin kepada murid-murid sebelum pengajaran agar aktiviti pengajaran tiada sebarang gangguan dan dapat dilaksanakan dengan lancar dan bertindak lebih tegas tetapi bukannya kekerasan iaitu guru tidak menghukum tetapi menunjukkan ketegasan seseorang guru sewaktu pada awal pengajaran agar murid dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Mok Soon Sang (2008), disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja dalam kalangan murid dapat diperhatikan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid dapat mendisiplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan sedarjah tanpa kawalan daripada guru.


CATATAN
Iklim sokongan yang positif hanya dapat dibawa oleh guru yang asertif. Kunci kawalan disiplin pelajar adalah konsisten penguatkuasaan peraturan dengan berkesan. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua keadaan. Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan, tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikian, situasi yang berlainan memerlukan kaedah penguatkuasaan yang berlainan.















PENULISAN JURNAL
MINGGU KELIMA
(19 JULAI – 23 JULAI 2009)

MASALAH
Pada minggu ini, saya semakin selesa dengan persekitaran sekolah dan kelas. Walaupun bagaimanapun, saya mula menghadapi masalah baru. Minggu ini saya mula menjalankan aktiviti bimbingan kelas bagi murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4. Aktiviti yang dirancang adalah melibatkan aktiviti kumpulan. Namun, apabila saya menjalankan aktiviti ini, kebanyakan tidak bersesuaian dengan kelas kerana beberapa faktor misalnya bilangan murid antara lelaki dan perempuan. Murid perempuan lebih ramai berbanding murid lelaki. Jadi, apabila pembahagian kumpulan yang melibatkan mengikut jantina, kumpulan murid lelaki menghadapi masalah ahli yang tidak mengcukupi dan tidak seimbang dengan murid perempuan. P&P oleh guru terganggu dan kelas menjadi bising kerana murid lelaki bersuara bahawa aktiviti ini tidak adil bagi kumpulan mereka.

ANALISIS
Pada pandangan saya, berlakunya masalah ini sewaktu menjalankan aktiviti bimbingan adalah kerana pemilihan modul yang tidak bersesuaian dan tidak mengambil kira bilangan murid dalam kelas. Hal ini kerana aktiviti yang ingin dilaksanakan memerlukan murid-murid membentuk dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan yang sama banyak. Manakala bilangan sebenar murid lelaki dan murid perempuan dalam kelas pula tidak seimbang dari segi bilangannya.
Dan, guru tidak mendapatkan maklumat awal tentang bilangan murid mengikut jantina sebelum menetapkan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Jadi, apabila jumlah bilangan murid antara lelaki dan perempuan tidak diketahui maka ia tidak selari dengan apa yang rancang oleh guru untuk pengajaran dan pembelajaran.
CADANGAN
Pemilihan modul yang bersesuaian dengan bilangan murid dengan mengambil kira jantina murid adalah sangat penting. Guru perlu membuat penilaian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti bimbingan. Ini dapat membantu guru dalam kelancaran P&P. Mok Soon Sang (2008), “Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pelajaran yang tersusun ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, lebih bermakna dan lebih berkesan”.
Saya perlu berjumpa dengan guru kelas sebelum memulakan aktiviti. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan bilangan murid yang sebenar antara murid lelaki dan murid perempuan. Ini kerana, guru kelas mempunyai rekod kedatangan murid yang tepat dan dicatat setiap hari. Dan, temubual dengan guru kelas juga adalah perlu untuk mengetahui tentang situasi murid-murid dalam kelas tersebut.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN
12 Julai 2009 – 16 Julai 2009 (1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan membuat rujukan dan pembacaan tentang kemahiran merancang pengajaran yang bersesuaian dengan murid-murid. Perancangan yang teliti amat perlu sebelum memulakan pengajaran dengan mengambilkira beberapa perkara. Ia mestilah melibatkan aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran serta menyedia dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

CATATAN
Menurut Mok Soon Sang (2008), kemahiran merancang boleh di kenal pasti daripada ciri-ciri perancangan seperti berikut:
a) Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaan serta kebolehan murid-murid.
b) Isi pelajaran dalam rancangan mengajar telah disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan serta menarik.
c) Rancangan mengajar meliputi pengunaan pelbagai alat bantu mengajar.
d) Pendekatan pengajaran berpusat kepada murid adalah diutamakan. Ini bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti pembelajaran murid.
e) Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang lengkap, iaitu mempunyai langkah permulaan, perkembangan dan penutup yang lengkap.
f) Strategi dan kaedah mengajar yang dipilih boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.











PENULISAN JURNAL
MINGGU KEENAM
(26 JULAI – 30JULAI 2009)

MASALAH
Pada minggu ini, sewaktu mengendalikan P&P Pendidikan Jasmani bagi tajuk Keselamatan bertempat di Dewan (A) SKSAT, saya mengalami masalah iaitu dua orang murid lelaki ponteng kelas. Kedua-dua murid ini menghilangkan diri sewaktu perlaksanaan aktiviti kumpulan tanpa saya sedari sehingga diberitahu oleh murid-murid lain akan ketiadaan mereka. Mereka cuba berselindung di sebalik tiang berhampiran dengan kawasan P&P dan cuba lari dari melakukan aktiviti berkumpulan. P&P terganggu seketika kerana saya perlu mencari kedua-dua murid tersebut manakala murid-murid lain turut mengambil kesempatan di atas peristiwa tersebut dengan berbuat bising dan keluar dari kumpulan serta berkeliaran di kawasan dewan tersebut.

ANALISIS
Daripada masalah di atas saya telah membuat beberapa pemerhatian dan temubual dengan guru pembimbing saya dan juga rakan-rakan mereka. Selain itu saya juga mendapat maklum balas daripada guru Pendidikan Jasmani mereka sebelum diambil alih oleh saya. Antara dapatan yang saya dapat ialah mereka berdua cuba mengambil kesempatan terhadap guru baru khususnya guru pelatih praktikum seperti saya. Ini kerana guru Pendidikan Jasmani sebelum saya mengambil alih kelas tersebut adalah guru disiplin dan sememangnya mereka takut untuk membuat kesalahan.
Pendapat kedua saya iaitu memandangkan saya hanya seminggu sekali bertemu mereka untuk subjek Pendidikan Jasmani, jadi mereka kurang mengenali saya dan hubungan antara guru dan murid tidak terlalu mesra. Hal ini menunjukkan guru tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap murid dan tidak dapat mengenali sikap murid yang sebenar.
Seterusnya, mungkin pembelajaran bagi tajuk keselamatan membosankan. Mereka banyak mendengar, mencatat nota, gerak kerja kumpulan dan membuat lembaran kerja dan kesemua aktiviti bertumpu di dewan sahaja. Ini berlawanan kerana kebiasaannya mereka akan melakukan aktiviti dan bermain sesuatu permainan setiap kali subjek Pendidikan Jasmani.

CADANGAN
Menerapkan disiplin kepada murid-murid sebelum pengajaran bagi mewujudkan rasa hormat murid terhadap guru. Ia juga membolehkan aktiviti pengajaran tiada sebarang gangguan dan dapat dilaksanakan dengan lancar dan bertindak lebih tegas tetapi bukannya kekerasan iaitu guru tidak menghukum tetapi menunjukkan ketegasan seseorang guru sewaktu pada awal pengajaran agar murid dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Mok Soon Sang (2008), disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja dalam kalangan murid dapat diperhatikan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid dapat mendisiplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan sedarjah tanpa kawalan daripada guru.
Walaupun hanya seminggu sekali saya akan mengajar kelas 5MM bagi subjek Pendidikan Jasmani, saya akan mengambil kelas tersebut bagi Bimbingan Kelas. Aktiviti bimbingan kelas membolehkan saya mendekati murid-murid 5MM dengan lebih dekat dan mewujudkan hubungan yang mesra dengan murid dan memberi fokus kepada dua orang murid yang ponteng kelas tersebut. Menteri Pelajaran Datuk Hishammuddin Tun Hussein berpendapat, golongan guru perlu lebih kreatif dalam kaedah pengajaran mereka agar dapat `menangkap' dan mengukuhkan minat para pelajar. Dengan pembangunan dan perubahan kini yang melahirkan anak-anak yang lebih moden, guru-guru dituntut mempunyai kemahiran lebih daripada hanya kemahiran mengajar. Mereka tidak harus menumpukan kepada aspek akademik semata-mata tetapi mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir berkata, segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran membosankan, akan mendorong pelajar ponteng kelas. Justeru bagi pengajaran akan datang khususnya bagi tajuk keselamatan, saya akan merangka aktiviti pengajaran yang melibatkan pergerakan dan tidak hanya bertumpu kepada satu tempat sahaja iaitu turut membawa murid-murid ke padang dan mengaitkan bahan dengan isi pelajaran. Saya juga akan memastikan aktiviti yang dirancang akan mengalakkan interaksi antara murid dan interaksi murid dengan guru iaitu sentiasa bertanya soalan dan membuat kawalan kelas dengan teliti.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Bagi minggu ini saya tidak dapat membuat penyelesaian masalah ini kerana minggu ini murid Tahun 5 mengikuti Ujian 3 peringkat Daerah dan murid tiada sebarang kelas. Perlaksanaan penyelesaian akan dibuat pada minggu kelapan iaitu pada 13 Ogos 2009 (1 minggu) kerana pada minggu ketujuh semua guru dan murid terlibat dengan hari Anugerah Kecemerlangan dan diberi cuti peristiwa selama sehari.

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memanggil kedua-dua murid tersebut untuk mengenalpasti sebab mereka ponteng kelas. Memandangkan saya adalah guru pelatih praktikum bimbingan, saya akan memanggil kedua-dua murid tersebut bagi sesi kaunseling individu. Saya akan menggunakan fasa pertama dalam kaunseling iaitu membina hubungan terlebih dahulu. Selepas itu, baru saya akan membuat penerokaan punca kepada mereka ponteng kelas semasa pengajaran Pendidikan Jasmani yang saya laksanakan.
Saya juga akan melantik mereka sebagai ketua kumpulan dan memberi tugasan kepada mereka untuk membuat pembentangan. Apabila diberi tanggungjawab sedemikian, mereka akan menumpukan perhatian kerana mereka akan keluar untuk menyatakan apa yang dilaksanakan dalam kumpulan mereka. Semasa aktiviti dalam kumpulan, saya akan membuat pemerhatian kepada kedua-dua murid tersebut untuk memastikan bahawa mereka membuat kerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.
CATATAN
Perhatian dan minat ada kaitannya dengan pemahaman, penghayatan serta strategi belajar yang menjadi tanggungjawab semua pihak. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah setiap kelemahan yang berlaku pada diri seseorang itu mempunyai rangkaian yang berkaitan antara satu sama lain. Masalah tidak akan selesai jika kita hanya memberi tumpuan pada perlakuan itu sahaja tetapi perhatian dan pemulihan harus dibuat pada setiap rangkaian yang berkaitan yang menjadi punca berlakunya kelemahan tersebut.
















PENULISAN JURNAL
MINGGU KETUJUH
(2 OGOS – 6 OGOS 2009)

MASALAH
Pada minggu ini saya di beri tugasan untuk membuat kawalan kelas bagi ujian bulanan subjek Bahasa Inggeris di kelas 4 Seroja. Masalah yang timbul iaitu pengurusan kelas yang tidak terkawal semasa ujian bulanan sedang berlangsung di mana murid-murid di dalam kelas berjalan dan membuat bunyi bising semasa ujian bulanan tersebut. Apabila ditegur mereka hanya senyap sekejap dan berbual lagi selepas itu. Keadaan ini menyebabkan murid yang nakal mengganggu kawan mereka yang masih menjawab soalan peperiksaan. Saya perlu berusaha menyelesaikan masalah ini kerana apabila dibiarkan murid mengambil sikap sambil lewa apabila menghadapi peperiksaan dan tidak mematuhi peraturan semasa peperiksaan dijalankan.

ANALISIS MASALAH
Masalah ini berlaku kerana pelajar bersikap sambil lewa semasa menghadapi peperiksaan. Suasana peperiksaan tidak wujud di dalam kelas ini malah seolah-olah seperti kelas pembelajaran harian.Walaupun masa yang diberikan untuk menjawab soalan masih ada tetapi mereka tidak menggunakannya untuk menyemak balik jawapan mereka sebaliknya ada yang menonteng soalan peperiksaan dengan pelbagai lukisan yang dilukis.
Pelajar lebih suka berbual, mengusik kawan dan bermain sementara menunggu kertas dikumpul. Walaupun guru berkali-kali memberi amaran, namun amaran yang diberi tidak dihiraukan sebaliknya pelajar seolah-olah menganggap larangan guru sebagai gurauan.
CADANGAN
Bagi mengatasi masalah ini, antara langkah yang saya ambil adalah seperti di bawah:-
1. Saya akan mendapatkan nasihat dan pendapat daripada guru pembimbing, guru-guru lain dan rakan-rakan untuk menangani masalah ini.

2. Saya perlu bersikap lebih tegas dalam memastikan pelajar mematuhi peraturan semasa peperiksaan dijalankan terutama tidak berbuat bising, tidak berbual dan berjalan tanpa sebab semasa peperiksaan dijalankan.

3. Saya mencadangkan supaya soalan peperiksaan perlu diperbanyakkan lagi sesuai dengan masa yang diberikan. Hal ini untuk mengelakkan murid siap terlalu awal daripada masa yang ditetapkan. Lagipun sekiranya soalan ditambah, ianya tidak merugikan pelajar malah mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenis soalan dalam menghadapi ujian penggal yang akan datang.


TEMPOH PENYELESAIAN
2/08/2009- 6/08/2009 ( 5 Hari)

TINDAKAN SUSULAN
Guru akan memberi tindakan tegas kepada murid- murid yang tidak mematuhi arahan semasa pemeriksaan dengan mengenakan tindakan disiplin seperti amaran, denda dan sebagainya.


CATATAN
Penerapan nilai murni seperti mematuhi arahan, hormat menghormati adalah amat penting dalam membentuk sikap dan disiplin murid- murid semasa proses P & P dan peperiksaan. Hal ini kerana, murid- murid tidak mempunyai kesedaran moral yang baik yang mana ianya boleh mengganggu suasana peperiksaan dan rakan- rakan lain. Kesedaran tentang pentingnya menumpukan perhatian di dalam peperiksaan adalah perlu ditekankan dan dititikberatkan kepada murid- murid.


















PENULISAN JURNAL
MINGGU KELAPAN
(9 OGOS – 13 OGOS 2009)

MASALAH
Pada minggu ini, masalah timbul semasa pengendalian sesi kaunseling Kelompok iaitu seorang ahli kelompok yang tidak hadir semasa sesi kaunseling di dalam kelompoknya. Ahli kelompok tersebut hanya menghadirkan diri pada sesi pertama sahaja manakala pada sesi kedua dan ketiga beliau tidak hadir untuk mengikuti sesi kaunseling bagi kelompoknya. Ketidakhadiran ahli kelompok ini mengganggu ahli kelompoknya untuk melaksanakan sesi keran tiba sahaja masa untuk menjalankan sesi kaunseling, ahli tersebut akan tidah hadir ke sekolah atau mengelak dengan alasan menyrtai aktivti lain di sekolah. Menurut Zuraidah Abdul Rahman (1996), menyertai Kaunseling Kelompok adalah suatu keputusan yang melibatkan komitmen di kalangan ahli-ahli. Kesepaduan kelompok tergugat jika terdapat ahli-ahli yang kerap ponteng walaupun kadang-kadang mereka tidak hadir atas sebab-sebab yang munasabah seperti sakit atau halangan lain yang benar.

ANALISIS MASALAH
Antara punca kepada berlakunya hal ini adalah kerana pada sesi pertama ahli kelompok telah mengaitkan isu mengejek yang dibincangkan dalam kelompok dengan ahli berkenaan di mana beliau bersikap suka mengejek orang lain di dalam kelas. Jadi, ahli kelompok tersebut tidak menghadirkan diri kerana takut kepada perkara yang akan mengancam dirinya.
Faktor kedua adalah kerana tertubuhnya kelompok kecil dalam kalangan ahli-ahli juga menjadi faktor mendorong ahli berkenaan ponteng kerana merasakan dia tidak diterima oleh ahli kelompoknya kerana sikapnya yang juga suka mengejek orang. Ahli tersebut seakan merasakan dia diketepikan dalam kelompoknya. Jadi, satu cara mudah untuk mengelakkan rasa terasing ini ialah dengan tidak hadir sesi dan menarik diri.

CADANGAN
Satu strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah berbincang dengan ahli-ahli kelompok lain secara terus-terang tentang kelakuan ahli kelompok berkenaan yang tidak hadir sesi ini. Saya juga akan meminta pendapat ahli kelompok ini tentang isu ketidakhadiran ahli kelompoknya ini. Hulse (1950) menulis tentag dinamik terapi dalam kumpulan sebagai:
Ketegangan adalah alat yang menolak kumpulan untuk terus berfungsi. Kebimbangan adalah alat pembakar yang menggerakkan enjin. Kaunselor bertanggungjawab sebagai pemandu kenderaan ini.
Satu strategi lain yang boleh digunakan ialah berhubung dengan ahli yang ponteng tanpa menunjukkan perasaan marah atau bimbang. Saya akan melakukan dengan cara memberi pesanan kepada ahli kelompoknya agar ahli tersebut datang berjumpa dengan saya di bilik kaunseling. Saya akan menimbulkan isu tanggungjawab individu tersebut dan hubungan dengan ahli kelompok serta hubungannya dengan dirinya sendiri. Fiebert (1968) mengatakan ketua seolah-olah:
” Memegang cermin muka untuk ahli kumpulan melihat sendiri tingkah laku mereka, menegur ahli-ahli yang berpura-pura dan mendorong mereka mengikat jalinan hubungan yang lebih mesra.”

TEMPOH PENYELESAIAN
1 minggu iaitu (16-20 Ogos 2009)



TINDAKAN SUSULAN
Kaunselor akan memastikan sesi tersebut tidak akan digunakan ahli kelompok untuk mengeji ahli yang tidak hadir atau digunakan sebagai dalih untuk mengelak dari menghadapi masalah mereka. Bahkan, kaunselor akan memastikan ketidakhadiran ahli juga tidak dijadikan peluang bagi ahli-ahli lain untuk menjelajah, memeriksa dan menyatakan reaksi-reaksi mereka terhadap individu yang tidak hadir tadi.Kaunselor akan menggalakkan ahli tersebut untuk menghadirkan diri dan memastikan dia mendengar perbincangan yang dibuat mengenai dirinya.

KESIMPULAN
Suasana kelompok yang positif, damai dan selamat akan mengurangkan masalah tidak hadir ini. Tetapi, jika dengan cara tidak hadir menjadi satu helah bagi ahli untuk mengelakkan diri dari memikul tanggungjawab, kaunselor haruslah menggunakan teknik konfrantasi.










PENULISAN JURNAL
MINGGU KESEMBILAN
(16 OGOS – 20 OGOS 2009)


MASALAH
Masalah yang ingin dikongsi pada minggu ini ialah berkenaan masalah yang ditimbulkan oleh murid-murid. Setiap kali kelas Pendidikan Jasmani dijalankan, saya menghadapi beberapa masalah yang telah ditimbulkan oleh murid-murid. Antaranya ialah tiada kerjasama yang diberikan dalam mematuhi arahan guru dan membentuk kumpulan. Murid-murid juga lebih cenderung kepada bermain bola sepak bagi lelaki dan bermain tali bagi murid perempuan.

ANALISIS MASALAH
Pada pendapat saya punca utama masalah ini timbul ialah kerana sifat dan kebiasaan murid-murid tersebut untuk bermain ketika waktu Pendidikan Jasmani diadakan. Saya juga dapati ada di kalangan murid-murid ini mempunyai kumpulan-kumpulan kecil yang sukar untuk bekerjasama dan lebih cenderung memilih ahlinya sahaja apabila melakukan aktiviti. Disamping itu mereka juga berebut-rebut untuk berada dihadapan apabila saya meminta untuk membuat barisan.

CADANGAN PENYELESAIAN
1. Mendapat nasihat daripada guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan rakan-rakan sepelatih langkah-langkah menangani masalah ini.
2. Memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid-murid yang terlibat.
3. Membuat helah supaya murid berminat mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani dengan memberi amaran kepada semua murid bahawa tiada aktiviti Pendidikan Jasmani akan diadakan jika murid-murid masih berkelakuan begitu.
4. Dari segi membahagikan kumpulan pula, guru perlu lebih tegas dengan cara membahagikan semua murid mengikut kumpulan yang di pilih oleh guru sendiri.
5. Menanam sifat-sifat atau nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Ini adalah supaya wujud kesepaduan dan persefahaman di antara mereka supaya mereka dapat bekerjasama apabila melakukan aktiviti secara berkumpulan

TEMPOH PENYELESAIAN
30 Ogos hingga 3 September iaitu selama 1 minggu

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan guru pembimbing serta meminta pandangan daripada beliau bagi mengatasi masalah ini. Saya akan membuat perjumpaan dengan pensyarah pembimbing bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dalam memastikan masalah ini dapat diatasi.








PENULISAN JURNAL
MINGGU KESEPULUH
(30 OGOS – 3 SEPTEMBER 2009)


MASALAH
Saya mengendalikan sesi kaunseling kelompok mengikut jadual yang telah dirancang dan telah ditetapkan. Namun, pada minggu ini saya mengalami masalah sewaktu mengendalikan sesi kaunseling kelompok nombor rujukan (SKSAT/UBK/KK/11/02/09) di mana ahli kelompok ini pasif dan kurang bersuara. Ahli kelompok adalah datang secara sukarela dan bersama isu yang ingin dibincangkan. Pada pertemuan sesi kaunseling kelompok yang pertama, ahli kelompok bersuara dengan baik.
Setiap ahli memainkan peranan masing-masing semasa berbincang tentang isu yang dikemukakan. Namun, pada pertemuan sesi kaunseling yang kedua, ahli kelompok seolah-olah tidak bersedia, terancam dan tidak mahu besuara menyebabkan sesi kaunseling kelompok dengan kelompok ini tidak berjalan lancar dan tidak ada isu yang ingin difokuskan. Menurut Zuraidah Abdul Rahman, kesan ahli yang mendiamkan diri adalah kurang merosakkan kelompok tetapi dia menjadi cabaran kepada ketua dan kaunselor. Kelakuan ini boleh menimbulkan rasa tidak senang dan rasa tegang kepada ahli-ahli lain. Jadi perlu bagi kaunselor membezakan kesenyapan yang membina dengan kesenyapan yang menunjukkan penentangan.
Jadi, hal ini perlu saya titikberatkan dan mengkaji penyebab sebenar berlakunya tingkahlaku ini oleh ahli kelompok. Ini kerana ahli kelompok tiba-tiba berubah sikap dan tidak mahu mengambil bahagian walaupun guru bimbingan telah memberitahu kepada hali kelompok tidak perlu bimbang dengan kerahsiaan terhadap isu yang dibincangkan walaupun ada guru pembimbing (major) saya untuk membuat penyeliaan pengendalian sesi kaunseling kelompok ini.

ANALISIS MASALAH
Antara penyebab kepada tingkah laku ahli kelompok sedemikian adalah kerana pada sesi penyeliaan guru pembimbing untuk melihat saya mengendalikan sesi kaunseling kelompok bersama ahli kelompok ini. Saya memilih kelompok ini adalah berdasarkan isu menarik yang dibawa pada sesi pertama iaitu ketidakpuasan hati mereka terhadap guru yang mengajar mereka. Namun, apabila kehadiran guru pembimbing semasa sesi kedua ini, ahli kelompok dengan sendirinya menjadi kurang bercakap, kurang selesa dan kelihatan terancam dengan kehadiran guru pembimbing saya.
Faktor kedua mungkin kerana saya tidak memberitahu bahawa sesi kaunseling bersama kelompok ini akan diselia oleh guru pembimbing (major) saya semasa membuat temujanji. Saya memberitahu kepada ahli kelompok sewaktu ahli kelompok hadir pada masa yang telah ditetapkan. Ahli kelompok sedikit terkejut dan seakan tidak bersedia untuk menerima kehadiran guru pembimbing saya tersebut.

CADANGAN PENYELESAIAN
Dalam mengendalikan kesenyapan dan tingkah laku ahli kelompok yang mendiamkan ini, saya perlu lah peka dan berusaha untuk mengukur taraf tolenransi ahli-ahli kelompok. Oleh sebab kesenyapan ini menyekat pergerakan pergerakan dan perkembangan kelompok, saya telah campur tangan dengan tujuan untuk menghalang kesenyapan itu dari berterusan.
Saya telah menggunakan cara dengan mengadakan aktiviti kelompok bagi kaunselor berkongsi perasaan, pandangan dan persepsi terhadap kelompok atau pun memberi soalan-soalan memimpin dan menggalakkan ahli berfikir dan berbincang. Ahli-ahli tertentu yang kerap mendiamkan diri mestilah digalakkan mengambil bahagian dalam perbincangan tetapi tidak mendesaknya hingga ahli berasa tergugat dan terancam. Saya akan membenarkan kesenyapan tetapi dari masa ke semasa untuk menarik perhatian ahli dengan memberi komen tentang tingkahlaku bukan lisan semasa mereka menunjukkan tanda-tanda bosan, marah, terdesak atau reaksi lain.
Saya berjumpa dengan guru pembimbing dan cara pendekatan yang sesuai bagi pengendalian sesi kaunseling kelompok yang mengalami masalah ahli kelompok yang berdiam diri. Hal ini kerana, selepas sesi kaunseling bersama ahli kelompok ini, guru pembimbing memberi beberapa panduan untuk mengendalikan sesi kaunseling tersebut.
Saya juga akan memberitahu terlebih dahulu kepada ahli kelompok jika ada penyeliaan dari pensyarah pembimbing atau pun guru pembimbing. saya akan mendapatkan persetujuan ahli kelompok tentang hal ini. Saya juga akan bertanya pendapat ahli kelompok sama ada bersedia atau tidak dengan kehadiran kedua-dua pihak tersebut. Perbincangan awal ini dapat mengelakkan daripada ketidaksediaan ahli kelompok terhadap kehadiran oang luar sewaktu sesi dikendalikan bersama ahli kelompok mereka.

TEMPOH PENYELESAIAN
Pada 6 hingga 10 September iaitu selama 1 minggu. Saya juga akan menggunakan cara penyelesaian yang sama jika ada ahli kelompok lain yang bertingkahlaku sedemikian.

TINDAKAN SUSULAN
Komen yang terlalu berhati-hati atau yang terlalu memerintah akan menambahkan perasaan marah ahli berkenaan. Ahli yang senyap haruslah diberi peluang untuk memilih berbuat demikian dan janganlah dipaksa. Kemahiran dan memerhati dan memahami tanda-tanda gerak-geri bukan lisan adalah penting untuk menolong ahli-ahli yang suka mendiamkan diri.

CATATAN
Menurut Zuraidah Abdul Rahman, “Jika didapati beberapa usaha telah dilakukan, ahli yang mendiamkan diri enggan juga bersuara, ini akan menjejaskan keyakinan dan pandangan positif ahli-ahli lain. Lebih baik ahli tersebut dikeluarkan dari ahli kelompok dan diberi kaunseling secara individu”.

SUMBER
Zuraidah Abdul Rahman (1996), Pengenalan Kaunseling Kelompok,IBS Buku Sdn Bhd














PENULISAN JURNAL
MINGGU KESEBELAS
(6 – 10 SEPTEMBER 2009)


MASALAH
Saya menjalankan sesi kaunseling kelompok dengan ahli kelompok nombor rujukan SKSAT/UBK/O7/02/09. Isu yang dibawa oleh ahli kelompok iaitu tingkahlaku seorang murid lelaki di dalam kelas mereka yang melakukan aksi lucah dan menyebut perkataan tidak senonoh. Ahli kelompok ini juga kerap diganggu dengan aksi lucah murid lelaki tersebut iaitu seperti meraba anggota badan, menyentuh pipi, menunjukkan alat sulitnya dan menyebut perkataan yang tidak senonoh.
Saya pernah mengendalikan Bimbingan Kelas di dalam kelas murid-murid ini iaitu Tahun 4 Seroja. Keadaan kelas ini sangat bising dan kurang mendengar arahan dan tidak menghormati guru. Pada masa ini juga, murid lelaki ini tidak memberi tumpuan semasa saya mengajar tetapi berkeliaran di dalam kelas dan mengacau murid-murid dengan menyentuh, menyebut dan melakukan aksi lucah kepada murid perempuan di hadapan saya. Jadi, p&p saya pada waktu itu terganggu.
Saya juga turut mendengar secara tidak langsung dari ahli kelompok lain yang menceritakan tingkah laku murid tersebut di luar sekolah iaitu menunjukkan video lucah di dalam telefon bimbitnya kepada murid-murid lain di padang permainan. Perkara yang tidak senonoh ini sebarkan secara terbuka di padang permainan tersebut dan telah mempengaruhi murid lain untuk menonton video tersebut.
Kini, saya di datangi ahli kelompok yang terganggu dengan tingkahlaku murid tersebut yang semakin menjadi-jadi dan di luar kawalan. Ahli kelompok ini benar-benar terganggu dengan tingkahlaku murid lelaki tersebut dan memerlukan bantuan guru untuk mengambil tindakan terhadap murid tersebut.

ANALISIS MASALAH
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari ahli kelompok saya, murid tersebut adalah dari keluarga yang bercerai. Dia hanya tinggal bersama ayahnya yang juga bekas penagih dadah yang tegar dan seringkali keluar masuk penjara. Murid ini berdikari dengan kehidupannya dan membawa haluan hidup sendiri tanpa mendapat bimbingan dan kasih sayang dari keluarga. Justeru, murid ini membuat apa sahaja mengikut apa yang ada di hadapannya tanpa mengetahui baik dan buruknya tingkah laku tersebut kerana tidak ada sesiapa yang membimbingnya khususnya tingkahlaku yang tidak senonoh tersebut.
Murid ini terpengaruh dan terikut-ikut sikap negatif kawannya yang sering menonton video lucah yang tidak diketahui di mana sumber tersebut diperolehi. Menurut Mok Soon Sang (2008), Pelajar-pelajar yang menimbulkan masalah sosial yang tidak bermoral biasanya terdiri daripada golongan pelajar yang mempunyai konsep kendiri negatif, sikap negatif dan tingkah laku tidak bermoral yang dipelajari daripada keluarga, rakan sebaya, alam sekitar dan media massa. Pengaruh negatif seperti berjudi, bergaduh, bercakap kasar, membaca buku lucah dan sebagainya merupakan unsur-unsur negatif yang cepat digemari dan mudah dipelajari oleh sesetengah pelajar. Aktiviti yang kurang sihat ini adalah dibawa oleh mereka ke sekolah dan menimbulkan masalah disiplin semasa mereka belajar.
Manakala menurut sumber yang boleh dipercayai dari beberapa orang guru yang terlibat dalam p&p kelas tersebut, murid lelaki ini di kenal pasti murid yang ada ciri-ciri murid istimewa. Murid ini tidak pandai membaca, tidak berminat terhadap pelajaran dan tidak dapat menunjukkan sahsiah seorang murid yang baik sebaliknya seringkali mengganggu rakan –rakan sekelasnya yang melibatkan aksi lucah dan menyebut perkataan yang berbaur lucah. Tetapi, apa guru memberitahu kepada bapanya, bapanya tidak percaya bahawa anaknya tidak normal dan tidak membenarkan anaknya ditukarkan ke kelas istimewa.


CADANGAN PENYELESAIAN
Beberapa cadangan dan tindakan yang telah saya ambil misalnya membuat perbincangan dengan guru pembimbing tentang langkah-langkah untuk menangani masalah tersebutl. Guru pembimbing (major) saya juga merupakan guru Bahasa Inggeris kelas murid lelaki tersebut. Jadi, beliau juga tahu tentang tingkahlaku murid lelaki tersebut. Justeru, saya telah berbincang dan mendedahkan rahsia perbincangan sesi kelompok saya dengan beliau tentang hal ini, juga berpegang kepada prinsip rakan sejawatan.beliau menggalakkan saya memanggil murid tersebut sebagai klien bagi sesi kaunseling individu dan memberi bimbingan kepada murid tersebut.
Perkara kedua yang akan saya lakukan ialah memberitahu guru kelas murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak senonoh murid lelaki tersebut. Ini kerana guru kelas berkenaan perlu mengetahui tentang hal ini. Hal ini kerana kerana, jika ia dibiarkan berterusan ia seolah-olah menggalakkan murid berkenaan untuk terus-menerus melakukan perkara yang tidak senonoh tersebut. Tambahan, guru kelas sememangnya diberi tanggungjawab terhadap kebajikan murid-murid di bawah jagaannya.
Sebaik sahaja saya menerima isu dari sesi perbincangan dalam sesi kaunseling kelompok, saya menghubungi pensyarah pembimbing (major) untuk meminta pandangan beliau tentang pengendalian yang melibatkan kes seperti ini. Beliau memberi pandangan agar murid lelaki tersebut dipanggil sebagai klien bagi sesi kaunseling individu. Jika murid tersebut tiada perubahan dan masih meneruskan tingkah laku tersebut, saya perlu merujuk kepada yang pakar iaitu guru pembimbing saya selaku guru bimbingan di sekolah SKSAT yang lebih berpengalaman dan tahu mengendalikan sesi kaunseling tersebut atau pun saya terus membuat rujukan kepada guru disiplin SKSAT untuk di ambil tindakan disiplin.
Selain daripada cadangan di atas, saya juga boleh mengambil tindakan dengan cara memanggil murid lelaki tersebut sebagai klien dalam sesi kaunseling individu. Ini dapat mengenalpasti masalah sebenar murid lelaki tersebut dan saya akan membuat penerokaan punca-punca keterlibatan murid lelaki tersebut dengan perbuatan yang tidak senonoh tersebut.

TEMPOH PENYELESAIAN
1 minggu iaitu bermula 6 hingga 10 Ogos 2009

TINDAKAN SUSULAN
Saya perlu memberitahu guru disiplin jika tingkah laku murid lelaki tersebut masih berterusan mengganggu murid perempuan di dalam sesi kaunseling kelompok saya ini. Malahan, turut mengganggu murid perempuan lain di dalam kelasnya.Hal ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana tingkah laku murid ini melibatkan kesalahan disiplin di sekolah dan menganggu murid lain, juga mempengaruhi murid lain untuk mengikut perbuatannya yang negatif tersebut jika dibiarkan dan tidak di ambil tindakan disiplin.
Saya juga akan berbincang dengan guru pembimbing (major) dan guru kelas murid lelaki berkenaan untuk mencadangkan kepada pihak sekolah untuk memanggil waris murid tersebut melalui penghantaran surat dan menyatakan kesalahan anaknya semasa berada di sekolah. Hal ini penting untuk diberitahu kepada waris murid tersebut tentang tingkah laku anaknya di sekolah. Mungkin perhatian daripada ibu bapa akan merubah sikap murid tersebut sebelum terlambat.
Selain itu, saya boleh bekerjasama dengan guru kelas murid tersebut untuk membuat pemerhatian terhadap murid tersebut sepanjang berada di sekolah. Hal ini kerana, murid sedemikian perlu di beri perhatian yang serius kerana bukan sahaja dirinya yang telah terganggu dengan perbuatan tidak senonoh tersebut, tetapi turut mengganggu murid lain dan bersangkut-paut dengan maruah seseorang individu. Dan, segala laporan yang dilaporkan tentang murid tersebut perlu di ambil tindakan segera.

CATATAN
Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua.
Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah.
Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.




SUMBER
http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html
Mok Soon Sang(2008), Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd: Selangor.